Serangan berani mati mengorbankan lebih 300 tentera Amerika dan Perancis

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


23 Oktober 1983

Pada 23 Oktober 1983, dua serangan bernai mati dilancarkan terhadap berek tentera Perancis dan marin Amerika Syarikat (AS) di Beirut yang meragut lebih 300 nyawa.

Pagi itu, seorang pengebom berani mati memandu lori yang dipenuhi letupan memasuki berek maris AS dalam serangan yang membunuh 241 anggota, manakala hanya 3.2 kilometer dari situ, satu lagi serangan dilancarkan menggunakan taktik sama terhadap askar Perancis dengan 58 kematian.

Tentera AS dan Perancis sebahagian daripada pasukan antarabangsa yang dikerahkan ke Lubnan pada Ogos 1982 untuk memantau gencatan senjata antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel dengan misi itu dibelenggu pelbagai masalah dari mula.

Pada 1975, perang saudara tercetus di Lubnan yang gagal diselesaikan walaupun terdapat pelbagai cubaan campur tangan untuk menyelesaikannya bebebrapa tahun selepas itu oleh Syria, Israel serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Susulan itu, pada Ogos 1982 pasukan tentera antarabangsa yang turut merangkumi 800 marin AS dikerahkan ke Beirut untuk membantu menyelaraskan pengunduran pejuang PLO dari Lubnan.

Pada 18 April 1983, seorang pengebom berani mati memandu van yang berisi letupan dan menyerang kedutaan AS di Beirut yang membunuh 63 orang termasuk 17 rakyat Amerika.

Tetapi lebih dahsyat lagi apabila pada jam 6.22 pagi, 23 Oktober tahun sama, seorang pengganas yang memandu lori merempuh tiga pos pengawal dan pagar kawat sehingga lobi ibu pajabat Marines Corps di Beirut sebelum meletupkan bom yang membunuh 241 anggota marin, tentera laut dan askar. Bom itu mempunyai kekuatan bersamaan letupan melebihi 8000 klogram dinamit.

Kurang 10 minit kemudian, serangan serupa dilancarkan di berek tentera Perancis. Bagaimanapun, askar Perancis sempat melepaskan tembakan menyebabkan pemandu lori itu terbunuh dan kenderaannya terhenti kira-kira 13 meter dari bangunan berkenaan.

Beberapa saat berlalu sebelum lori itu meletup dan memusnahkan bangunan sembilan tingkat itu seterusnya membunuh 59 askar di dalamnya. Bom itu dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh dan lebih kecil berbanding yang digunakan terhadap tentera AS. Namun kejadian itu adalah kehilangan anggota tentera tertinggi dialami Perancis sejak perang Algeria 1962.

Empat bulan kemudian, Presiden AS Ronald Reagan mengumumkan tenteranya tidak lagi terbabit dalam pasukan keamanan di Lubnan. Susulan itu, pada 26 Febuari 1984, pasukan utama marin AS meninggalkan Lubnan dengan hanya satu kontinjen kecil mengawal kedutaannya di Beirut.

Seorang anggota tentera yang cedera sedang diusung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.