Sejarah dilupakan : Perlaksanaan Undang-undang Islam di alam Melayu

Undang-undang Islam telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di Tanah air ini.

Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda di Islamkan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara. Usaha untuk mengkanunkan undang-undang negara. Usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 - 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 - 1450).

Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, muamalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta'zir.

Menurut beberapa orang pengkaji Barat, seperti William R Roff dan Alfred R Rubin bahawa undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut:

"Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut amar bil ma'ruf wan nahi munkar."

Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph S Rankel mengandungi 27 fasal, Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British, mengandungi 44 fasal dan undang-undang Melaka yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang, memgandungi 44 fasal.

Setelah diteliti dan dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Walaupun tidak dinafikan bahawa di dalamnya terdapat juga unsur-unsur Undang-undang Adat Melayu, namun demikian ianya tidaklah menjejaskan sifat ke Islamannya.

Peruntukan-peruntukan undang-undang yang terdapat di dalamnya adalah menyeluruh dan luas, ianya mencakupi keseluruhan undang-undang Islam.

Pada mulanya undang-undang adat telah diikuti, akan tetapi apabila orang Melayu mula menganuti agama Islam, maka undang-undang Islam telah diterima dan adat Melayu mula diubah-suaikan supaya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Undang-undang Qanun Melaka ini menpunyai pengaruh yang besar dan berkesan di negeri-negeri Melayu di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan di negeri-negeri yang berjiran dengannya, seperti Undang-undang Negeri Johor, Undang-undang Negeri Kedah, Undang-undang Negeri Pahang, Undang-undang 99 Negeri Perak, Undang-undang Sungai Ujung, malah lebih jauh dari itu, hingga ke Timur Melaka seperti Brunei (yang satu ketika menjadi sebuah kuasa besar di rantau ini) dan kerajaan Islam Pontianak, Indonesia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.