Sebab mendapat waris

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Sebab mendapat waris
Sebab-sebab mendapat waris ada tiga perkara:-
• Dengan sebab nikah
• Dengan sebab nasab (keluarga atau keturunan)
• Dengan sebab menjadi petuan hamba sahaya

Menurut mazhab Syafie selain daripada sebab-sebab
yang tiga ini terdapat pula perkara yang keempat
iaitu “Baitulmal”. Sekiranya seseorang itu mati tanpa
meninggalkan waris yang berhak menerima pusaka atau
ada waris, tetapi tidak habis hartanya diwarisi maka
harta si mati yang tidak ada waris itu atau baki hartanya
yang tidak habis oleh ahli waris tadi hendaklah diberikan
kepada Baitulmal, sebagai penjaga dan memegang amanah.
Baitulmal di Negara kita adalah di bawah jagaan dan tadbir
Majlis Agama Islam Negeri. Tegasnya setiap harta yang
tidak ada waris yang berhak menerima atau ada waris,
tetapi tidak habis harta itu diwarisi maka harta tersebut
mestilah dikembalikan ke Majlis Agama Islam Negeri iaitu
BAITULMAL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.