Punca kenapa kereta saya sukar bergerak

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Kereta Hyundai Accent 1.5L(A) Automatik tahun 2004 saya menghadapi masalah seolah-olah tidak mahu bergerak walaupun menekan pedal minyak.

Saya perlu menggunakan gear dua atau rendah untuk kereta bergerak lancar. Ini terjadi selepas saya menukar kotak gear dan selepas itu lampu "check" sentiasa menyala. Apakah punca masalah ini?

===

Gambaran yang anda beri membayangkan bahawa tiada masalah dari segi operasi enjin serta kelihatan seperti hanya gear permulaan iaitu gear satu yang menghadapi masalah dan anda menghadapi masalah ini setelah kotak gear ditukar.

Jika kotak gear masih baru ditukar, bawa kereta kembali ke bengkel di mana anda menukarnya dan tanya berkenaan tempoh jaminan dan perkara berkaitan.

Kini ada banyak bengkel yang mampu membaik pulih kotak gear automatik dengan memuaskan dan dengan tenpoh jaminan yang tertentu.

Kelihatan enjin anda tidak bermasalah kerana kereta anda mampu bergerak dalam gear kedua, yang sebenarnya lebih berbeban berbanding gear pertama. Oleh itu, tidak perlu menukar alat ganti enjin yang lain untuk cuba mengatasi masalah anda.

Tumpukan perhatian kepada pembaikan kotak gear. Malangnya tiada cara lain yang mampu dilakukan selain membukanya untuk pemeriksaan, dan lazimnya ini akan membabitkan pembaikpulihan serta ujian operasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.