Perkara patut tahu dalam pembacaan Al Quran

[5/14, 11:01 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Pada malam ini seperti yg dirancang..kita akan mulakan kuliah online kita..iaitu kuliah khas ilmu tajwid, mudahan kita sama2 dapat manfaat dan amalkan..jika ia sesuatu yg telah kita pelajari anggaplah ia sebagai jalan muraja'ah dan pemantapan..jika ia pula sesuatu yg baharu..maka sama2 kita mohon pd Allah dipermudahkan utk memahaminya..dan terus diberi kekuatan utk istiqamah dalam mendalaminya..
[5/14, 11:01 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Baiklah..Awwalan..sayugia bg setiap pembaca al quran, utk mencapai tahap terbaik dalam pembacaan al quran tidak dapat tidak mengetahui perkara-perkara yg patut diketahui iaitu apakah perkara-perkara yg perlu diketahui dlm pembacaan al quran..serta hak2 yg perlu kita sempurnakan..
[5/14, 11:01 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Isu utama kita..kita tidak tahu apa yg kita tidak tahu..dan apa yg patut kita perlu tahu..ini menjadikan kita rase dah tahu dan tak perlu tahu...
[5/14, 11:01 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Justeru..dikuliah online ini..kita jadikan sebagai medium awal iaitu jalan pembuka..sebelum kita mencari guru2 yg itqan utk bertalaqqi dan musyafahah
[5/14, 11:01 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Alhamdulillah..tuan2 dan puan2 semuanya adalah pilihan Allah utk sama2 kita berkongsi ilmu yg agung ini..
[5/14, 11:01 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Ahli MAKTAB yg dikasihi semua..,

Dalam al Quran perkara yg wajib kita perhatikan adalah dimanakah kedudukan kita dgn al quran..secara asasnya adakah kita sudah ketahui...
1. Bacaan atas Qiraat siapa yg kita baca?
2. Atas riwayat siapa?
3. Atas Aliran/Thoriq mana?

Kerana dalam ilmu al Quran itu ada *10 Qiraat al mutawatirah dan 980 aliran/turuq*..dan kita sekarng membaca atas qiraat dan aliran apa?..ini yg dikumpul oleh Imam Ibnu Jazari dalam kitabnya an-Nasyr...
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Jika kita tidak mengetahuinya..bagaimana mungkin kita boleh mendakwa apa yg kita baca itu sampai silsilahnya pada Rasulullah s.a.w..dan apa yg dibimbangkan kewajipan mengamalkan ilmu tajwid itu adalah Fardhu Ain yg perlu kita sempurnakannya..
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Ahli MAKTAB yg dikasihi semua....

Sesungguhnya dalam pembacaan al Quran ada 3 rukun yg perlu kita ketahui dan sempurnakan:
1. Bertepatan Kaedah Bahasa dan Nahw Arab
2. Bertepatan Rasm uthmani
3. Sah sanad: Talaqqi dgn guru yg itqan..
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Untuk 1 & 2 tiada masalah kerana sememangnya al quran yg kita baca hari ini adalah bertepatan keduanya..namun untuk yg ke 3..ia perlu usaha tuan2 dan puan2 semua utk mencari guru2 berkeahlian yg berantaian sanad bacaannya sampai baginda Rasulullah s.a.w...agar lafaz2 yg tuan2 dan puan2 dapat itu terpelihara keasliannya sepertimana al quran itu diturunkan..melalui jalan berguru tadi
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Semoga Allah permudahkan urusan tuan2 dan puan2 semua dalam mencari guru2 itu nanti...
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Seterusnya..
Bacaan kita di Malaysia adalah sebahagiannya besar nya membaca atas bacaan:
*"Qiraat Imam 'Ashim atas Riwayat Imam Hafs melalui aliran Ubaid bin As Shabbah an Nahsyaly atas aliran Imam Syathibi"*
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Harap semua Ahli dpt ingat dan hafaz.. *sbb ini mazhab kita dalam bacaan al quran*...jika berlaku talfiq (bercampur aliran bacaan) maka hukumnya adalah haram dan sgt ditegah oleh ulama'2 Qurra'..
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Alhamdulillah.. *3 perkara yg telah disentuh pada kuliah kali ini..*
1. Apakah perkara yg patut kita ketahui dalam pembacaan al Quran.
2. Rukun-rukun bacaan al Quran
3. Amalan bacaan al Quran kita di Malaysia
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Insyaallah.. moga jadi panduan kita bersama..
Sedikit kerja rumah buat ahli semua:
*"Sila dapatkan biodata Imam 'Ashim-Imam Hafs-Ubaid As Shabbah-Imam Syathibi"*
[5/14, 11:02 PM] ‪+60 14-856 1863‬: InsyaAllah.. Sekadar itu dari ana utk kuliah siri-1 ini..insyaallah pada siri-2 nanti kita akan adakan pada 17hb Mei 2017 (Rabu)..doakan kesihatan ana.

Semoga bermanfaat buat ahli2 semua..WALLAHU A'LAM BIS SOWAB. TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM...
[5/14, 11:03 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Ahli boleh bertanya jika ada sebarang kemusykilan..
[5/14, 11:03 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Yg berkaitan dgn kuliah siri-1..
[5/14, 11:11 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Mungkin ada yg bertanya tentang istilah2 yg digunakan pada kuliah siri-1..apakah itu QIRAAT?..RIWAYAT?..TORIQ?...baiklah ana cuba jelaskan..
[5/14, 11:20 PM] ‪+60 14-856 1863‬: QIRAAT: sudut bahasa bermaksud BACAAN, dari sudut istilah..ia bermaksud sesuatu bacaan yg disandarkan kepada bacaan salah satu dari 10 org Imam Qiraat iaitu:
1. Imam Nafi'
2. Imam Abu Amru
3. Imam Ibnu Khathir
4. Imam Ibnu Amir
5. *Imam 'Ashim* (Imam bacaan kita)
6. Imam Hamzah
7. Imam al-Kisaie
8. Imam Abu Jaa'far
9. Imam Ya'kub
10. Imam Khalaf
[5/14, 11:37 PM] ‪+60 14-856 1863‬: RIWAYAT sudut bahasa bermaksud PELAPOR, dari sudut istilah..ia bermaksud mereka yg mengambil bacaan dan meriwayatkannya dari para Imam (anak murid Imam) secara langsung.
Dan bagi setiap Imam-imam Qiraat itu ada 2 org periwayat...
*Oleh itu, bagi Imam 'Ashim* ada 2 org anak murid yg meriwayat bacaan beliau iaitu:
1. Syu'bah
2. *Hafs b. Sulaiman* (riwayat yg kita baca).
[5/14, 11:53 PM] ‪+60 14-856 1863‬: TORIQ sudut bahasa bermaksud JALAN,dari sudut istilah..Aliran bacaan iaitu mereka yg mengambil bacaan dari Perawi (yg meriwayatkan bacaan dari Imam-Imam).
Dan bagi *Riwayat Imam Hafs* itu ada 2 Toriq/Aliran iaitu:
1. Amru b. As Shabbah An Nahsyali
2. *Ubaid b. As Shabbah An Nahsyali* (Toriq/Aliran yg kita baca)
[5/14, 11:58 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Buat pengetahuan ahli2 semua...dari *toriq Ubaid b. As Shabbah* inilah terus bersambung sehingga kepada *IMAM ASY-SYATHIBI* yg diriwayakan dalam kitabnya *HIRZUR AMANI WA WAJHUT TIHANI*...sehingga dikenali dengan nama *TORIQ SYATHIBIYYAH.*
[5/15, 8:50 AM] ‪+60 13-309 2375‬: Apa perkara yang membezakan antara 10 Qiraat?
[5/15, 8:56 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Bagus atas pertanyaan...perbezaannya dari 2 sudut:
1. Lafaz bacaan
2. Sanad bacaan

Dan kesepuluh2 Qiraat ini...sanadnya adalah tawatur sampai kpd Rasulullah s.a.w...bermaksud sah bacaannya jika dibawa dlm solat..dgn syarat telah belajar ilmu qiraat tersebut..
[5/15, 8:58 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Dan lebih utama dituntut kpd kita..menguasai bacaan Qiraat Imam kita terlebih dahulu sblm kita menyelusuri ilmu bacaan qiraat imam yg lain...
[5/15, 9:07 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Kerana apa tuan2..kita perlu menguasai bacaan imam kita terlebih dahulu? Tidak lain tidak bukan...agar kita tidak bercampur bacaan dgn toriq/aliran lain *dibawah riwayat Imam Hafs..yg padanya terdapat 57 toriq* seperti yg dikumpulkan oleh Imam Ibnu al Jazari didalam kitabnya THOYYIBATUN NASYR.. *yg kita baca sekarang ini adalah satu toriq daripada 57 toriq...iaitulah Toriq Syathibiyyah*...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.