Perawi kedua Imam 'Asim

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


[5/16, 6:11 AM] ‪+60 14-856 1863‬: 🌹As Salam semua Ahli MAKTAB..
Sedikit perkongsian Ilmu pagi ini dari Guruku berkaitan kuliah siri-1 yg lepas...moga dapat dibaca dan dimanfaatkan

Tajuk: *Perawi kedua Imam 'Asim*
OLEH: DR KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

Kebanyakan umat Islam pada hari ini membaca al-Quran dengan mengamalkan riwayat Hafs daripada Qiraat Imam 'Asim. Riwayat ini menjadi amalan umat Islam kerana senang difahami dan kerana khilaf qiraatnya amat sedikit berbanding dengan riwayat-riwayat lain.

Riwayat Hafs juga telah ditulis dan dicetak dalam bentuk mushaf dan tersebar dengan banyaknya dalam dunia Islam termasuk Malaysia. Selain itu, kebanyakan rakaman 30 juzuk al-Quran juga dibuat mengikut riwayat Hafs.

Bacaan dalam solat di masjid-masjid utama di negara Islam seperti Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabi di Madinah, Jami' al-Azhar di Mesir dan beberapa negara Islam lain menggunakan riwayat ini sebagai bacaan dalam solat mereka.

Inilah beberapa gambaran menunjukan bahawa riwayat Hafs adalah bacaan yang paling tersohor di kalangan umat Islam pada hari ini.

Ringkasnya riwayat Hafs mendapat tempat dalam dunia Islam kerana menjadi amalan bacaan harian, dicetak dalam mushaf, dirakam dalam bentuk cekera padat dan dibaca dalam solat. Bahkan jika dibaca riwayat lain di hadapan mereka, mereka menyatakan ini adalah bacaan tidak sah.

Jika begitulah pengetahuan kita terhadap riwayat Hafs maka amat wajarlah kita membuat sorotan siapakah Imam Hafs? Siapakah guru dan muridnya? Bagaimana peribadi dan sumbangannya?

Sebenarnya hal yang sama juga kita perlu mendalami tentang setiap ilmu yang kita amalkan seperti ilmu fiqh, tauhid, hadis, tafsir dan lain-lain. Ini supaya apa yang kita amalkan itu bukan sekadar taklid tetapi memahami dasar amalan kita.

Nama Imam Hafs ialah Hafs Ibn Sualaiman Ibn al-Mughirah Ibn Abi Daud al-Asadi al-Kufi. Lahir pada tahun 90 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 hijrah.

Beliau adalah anak tiri kepada Imam 'Asim.

Di antara majoriti murid Imam 'Asim yang paling alim tentang Qiraat 'Asim ialah Imam Hafs. Keperibadiannya amat dipercayai atau disebut thiqah. Beliau juga mempunyai ingatan yang kuat dan mantap.

Berbeza dengan Qurra yang lain, semasa hayatnya Imam Hafs selalu berulang-alik antara Baghdad, Mekah dan Kufah dengan tujuan mengajar umat Islam dengan Qiraat 'Asim.

Pada kebiasaannya, Qurra mengajar al-Quran di kawasannya sahaja seperti Imam Ibn Amir mengajar di Damsyik dan Imam Ibn Kahthir mengajar di Mekah sahaja.

Antara muridnya ialah Husin Ibn Muhammad al-Maruzi, Hamzah Ibn Qasim al-Ahwal, Sulaiman Ibn Daud al-Zahrani, Hamdan Ibn Abi Uthman al-Daqqaq, Muhammad Ibn al-Fadl al-Zarqan, 'Umru ibn al-Sabbah, 'Ubaid Ibn al-Sabbah dan lain-lain.

Usaha yang dibuat oleh Imam Hafs semasa hayatnya dalam mengembangkan Qiraat 'Asim membuahkan hasil di mana pada hari ini kebanyakan umat Islam membaca riwayatnya sebagai amalan harian.

*YBhg Ustaz Dr Khairul Anuar Bin Mohamad* ialah Pengarah Pusat Islam & Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
[5/19, 8:51 AM] ‪+60 14-856 1863‬: As Salam..semua ahli yg dikasihi semua..mohon maaf atas urusan yg tak dapat dielakkan..InsyaAllah hari ini kita akan berkuliah kembali...

InsyaAllah..pada kuliah siri-2 ini..tajuk yg akan dibincangkan adalah:
1. Definisi TARTIL
2. Apa itu QIRAAT-TAJWID-TAHSIN SOUT
3. Mengenali pelopor Ilmu Tajwid.
[5/19, 9:39 AM] ‪+60 14-856 1863‬: [19-5 9:28 PG] Elqassam: *Sidang Ahli yg dirahmati Allah sekalian:*

Allah memerintahkan kepada kita agar membaca al-Quran itu dengan tartil seperti firmannya:

وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلا

Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartil. (Al-Muzammil: 4)

-Saydina Ali bin Abi Thalib krmwjh menjelaskan bahawa makna tartil itu adalah:
”Mentajwidkan huruf-hurufnya dengan mengetahui tempat-tempat berhentinya”. (Syarh Mandhumah Al-Jazariyah)

-Ibnu Abbas juga mengatakan ia adalah:

بينه تبييناً

"Dibaca dengan jelas setiap hurufnya."

-Abu Ishaq pula berkata :

والتبيين لا يتم بأن يعجل في القرآة، وإنما يتم التبيين بأن يُبيِّن جميع الحروف ويوفيها حقها من الإشباع

"Membaca dengan jelas tidak mungkin bisa dilakukan jika membacanya terburu-buru. Membaca dengan jelas hanya bisa dilakukan jika dia menyebut semua huruf, dan memenuhi cara pembacaan huruf dengan benar." (Lisan al-Arab)

*Kesimpulannya, TARTIL dalam bacaan al-Quran adalah membacanya dengan memelihara segala Makhraj dan Sifat huruf serta menyempurnakan hukum-hukum yg berkaitan dgn keduanya*

**********************
*Mencontohi cara Bacaan Sahabat Rasulullah s.a.w:*

Abu Bakr dan Umar Radhiyallahu ‘anhuma pernah menyampaikan kabar gembira kepada Ibnu Mas’ud, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضاًّ كَمَا أُنْزِلَ فَلْيَقْرَأَهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ

Siapa yang ingin membaca al-Quran sebagaimana ketika ia diturunkan, hendaknya dia membacanya sebagaimana cara membacanya Ibnu Mas’ud. (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban).

Hadis ini menunjukkan keistimewaan bacaan al-Quran Ibnu Mas’ud r.a kerana bacaannya sama dengan ketika al-Quran di turunkan. Beliau membacanya dengan cara ‘ghaddan’ ertinya  "segar yang belum berubah"... bermaksudnya suaranya menyentuh (as-Shaut an-Nafidz) dan memenuhi semua hak hurufnya.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.aw sgt suka mendengar bacaan Ibnu Mas’ud bahkan sehingga baginda menangis.

Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu bercerita, bahwa Nabi s.aw pernah menyuruhnya untuk membaca al-Quran dgn mafhumnya:

“Bacakan al-Quran!” Mohon nabi s.a.w.

“Ya Rasulullah, apakah aku akan membacakan al-Quran di hadapanmu padahal al-Quran itu diturunkan kepadamu?” tanya Ibnu Mas’ud.

“Ya, bacakan.”

Kemudian Ibnu Mas’ud membaca surat an-Nisa, hingga ketika sampai di ayat,

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا

Bagaimanakah jika Aku datangkan saksi untuk setiap umat, Aku datangkan kamu sebagai saksi bagi mereka semua.

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w minta agar bacaan dihentikan.

Ibnu Mas’ud melihat ke arahnya, ternyata air mata beliau berlinangan. (HR. Bukhari & Muslim).
**********************

📌 Apa yg kita dapat fahami disini ialah TARTIL itu bukan hanya terletak pada suara sahaja..tetapi meratai pada semua jenis martabat bacaan  samada bacaan secara TAHQIQ- *PERLAHAN* (ada ulama menamakan TARTIL ),TADWIR- *SEDERHANA* & HADR- *PANTAS*...iaitu wajib disempurnakan dengan *Bertajwid*.
[5/19, 9:40 AM] ‪+60 14-856 1863‬: *Sidang Ahli yg dirahmati Allah sekalian:*

Allah memerintahkan kepada kita agar membaca al-Quran itu dengan tartil seperti firmannya:

وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلا

Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartil. (Al-Muzammil: 4)

-Saydina Ali bin Abi Thalib krmwjh menjelaskan bahawa makna tartil itu adalah:
”Mentajwidkan huruf-hurufnya dengan mengetahui tempat-tempat berhentinya”. (Syarh Mandhumah Al-Jazariyah)

-Ibnu Abbas juga mengatakan ia adalah:

بينه تبييناً

"Dibaca dengan jelas setiap hurufnya."

-Abu Ishaq pula berkata :

والتبيين لا يتم بأن يعجل في القرآة، وإنما يتم التبيين بأن يُبيِّن جميع الحروف ويوفيها حقها من الإشباع

"Membaca dengan jelas tidak mungkin bisa dilakukan jika membacanya terburu-buru. Membaca dengan jelas hanya bisa dilakukan jika dia menyebut semua huruf, dan memenuhi cara pembacaan huruf dengan benar." (Lisan al-Arab)

*Kesimpulannya, TARTIL dalam bacaan al-Quran adalah membacanya dengan memelihara segala Makhraj dan Sifat huruf serta menyempurnakan hukum-hukum yg berkaitan dgn keduanya*

**********************
*Mencontohi cara Bacaan Sahabat Rasulullah s.a.w:*

Abu Bakr dan Umar Radhiyallahu ‘anhuma pernah menyampaikan kabar gembira kepada Ibnu Mas’ud, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضاًّ كَمَا أُنْزِلَ فَلْيَقْرَأَهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ

Siapa yang ingin membaca al-Quran sebagaimana ketika ia diturunkan, hendaknya dia membacanya sebagaimana cara membacanya Ibnu Mas’ud. (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban).

Hadis ini menunjukkan keistimewaan bacaan al-Quran Ibnu Mas’ud r.a kerana bacaannya sama dengan ketika al-Quran di turunkan. Beliau membacanya dengan cara ‘ghaddan’ ertinya  "segar yang belum berubah"... bermaksudnya suaranya menyentuh (as-Shaut an-Nafidz) dan memenuhi semua hak hurufnya.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.aw sgt suka mendengar bacaan Ibnu Mas’ud bahkan sehingga baginda menangis.

Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu bercerita, bahwa Nabi s.aw pernah menyuruhnya untuk membaca al-Quran dgn mafhumnya:

“Bacakan al-Quran!” Mohon nabi s.a.w.

“Ya Rasulullah, apakah aku akan membacakan al-Quran di hadapanmu padahal al-Quran itu diturunkan kepadamu?” tanya Ibnu Mas’ud.

“Ya, bacakan.”

Kemudian Ibnu Mas’ud membaca surat an-Nisa, hingga ketika sampai di ayat,

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا

Bagaimanakah jika Aku datangkan saksi untuk setiap umat, Aku datangkan kamu sebagai saksi bagi mereka semua.

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w minta agar bacaan dihentikan.

Ibnu Mas’ud melihat ke arahnya, ternyata air mata beliau berlinangan. (HR. Bukhari & Muslim).
**********************

📌 Apa yg kita dapat fahami disini ialah TARTIL itu bukan hanya terletak pada suara sahaja..tetapi meratai pada semua jenis martabat bacaan  samada bacaan secara TAHQIQ- *PERLAHAN* (ada ulama menamakan TARTIL ),TADWIR- *SEDERHANA* & HADR- *PANTAS*...iaitu wajib disempurnakan dengan *Bertajwid*.
[5/19, 9:41 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Seterusnya..
[5/19, 9:43 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Apa itu Qiraat, Tajwid & Tahsin as-Sout...??
[5/19, 9:51 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Secara ringkasnya Qiraat dan Tajwid sgt rapat hubungannya iaitu pada methode pengucapan lafaz-lafaz atau huruf2 dalam al-Quran:

*Tajwid* lebih bersifat teknikal (cara2 melafaz) dengan upaya utk memperindahkan baaan al-Quran dgn cara membunyikan huruf2 al-Quran sesuai dengan makhraj dan sifatnya.

Adapun *Qiraat* lebih bersifat substansial (lafaz- lafaz hakiki) iaitu jenis-jenis penuturan laaz-lafaz al-Quran,kalimat ataupun dialek kebahasaan.
[5/19, 9:52 AM] ‪+60 13-900 5668‬: 👍🏻👍🏻
[5/19, 9:53 AM] ‪+60 13-900 5668‬: Tajwid dn tahsin tu sama ye
[5/19, 9:53 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Selepas kita menguasai kedua ilmu diatas maka kita akan lanjutkan ke tahap Tahsin as Sout..
[5/19, 9:55 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Dalam ilmu Tahsin As Sout maka kita akan didedahkan dengan kaedah suara yg terbaik dlm bacaan iaitulah dinamakan ilmu tarannum..
[5/19, 9:57 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Dengan kombinasi...QIRAAT-TAJWID-TAHSIN SOUT maka kita akan dapat mencapat tahap bacaan yg dinamakan TARTIL itu...insyaAllah
[5/19, 10:01 AM] ‪+60 14-856 1863‬: *Kesimpulannya*, utk mendapat bacaan Quran yang mencapai tahap *TARTIL seperti pada ayat 4,surah Muzammil* tersebut...sewajarnya kita menguasai kombinasi2 yg dinyatakan tersebut.
[5/19, 10:04 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Seterusnya...
[5/19, 10:04 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Mengenali pelopor Ilmu Tajwid..
[5/19, 10:05 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Iaitu bahasan yg ke-3...
[5/19, 10:07 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Kita di Malaysia...ana melihat sebahagian kita masih ada yg keliru bila menyebut Toriq Syathibi dan Thoriq Jazari...bahkan ada yg mencampur keduanya..
[5/19, 10:08 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Ada juga kenyataan... *" kita kat malaysia baca thoriq syathibi, kita tak guna thoriq Jazari"..*
[5/19, 10:09 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Ada juga.. *"Tuan, kalau nak baca Thoriq Syathibi kene perlahan, kalau Thoriq Jazari kene baca laju"..*
[5/19, 10:10 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Ada lagi yg lebih ekstrim.. *" kita semua wajib pastikan mereka baca Thoriq Syathibi...Thoriq Jazari kita tak benarkan"*
[5/19, 10:12 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Dan lagi yg lebih dasyat.. *" Apa tu Thoriq Syathibi..tak pernah dengar pun, ana guna Imam Syafie jer..selamat"*
[5/19, 10:15 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Ini adalah sebahagian kenyataan2 yg masih berlegar2 dlm masyarakat kita bila melibatkan ilmu bacaan al-Quran ini...sbb itu ana berharap Ahli2 semua dapat jelaskan kepada mereka nanti...insyaallah
[5/19, 10:17 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Mohon rest sekejap...nanti ana sambung semula bahasan ke 3 nanti..yg nak bertanya silakan..nanti ana respon..
[5/19, 11:37 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Merujuk pada bahasan diatas dan kekeliruan2 yg dinyatakan..perkara utama yg kita perlu tahu ialah bahawasanya pada setiap ilmu itu ada pelopornya..
[5/19, 11:39 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Contoh yg terdekat dlm fiqh kita mengikut imam syafie..begitu juga dalam ilmu lain..masing2 ada pelopornya...
[5/19, 11:41 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Begitulah juga dalam ilmu quran..kita perlu tahu siapa yg kita ikut...agar rantaian tersebut tidak terputus sampai rasulullah s.a.w..
[5/19, 11:45 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Al Quran itu..diturunkan sempurna lafaz dan maknanya..iaitu secara bertajwid..dipindahkan pada dada sahabat juga secara bertajwid..cuma pada ketika itu ilmu tajwid belum dibukukan kerana belum ada keperluannya..kerana bacaan2 tersebut terus diambil pada mulut Rasulullah s.a.w..
[5/19, 11:51 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Bermulanya pembukuan..apabila umat islam mula ramai dan kebanyakannya bukan arab..kesannya ramai tidak boleh baca al-Quran dgn baik...bahkan saling bergaduh tentang bacaan siapa yg terbaik..sehinggakan berlaku kafir mengkafir...oleh itu dgn rasa tanggungjawab, satu ilmu telah di disiplinkan agar umat dapat membaca al Quran dgn baik dgn qiraat yg betul dan bertajwid...
[5/19, 11:55 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Dari itu byk2 kitab2 Qiraat dihasilkan dan antara pengumpul2 ilmu Qiraat yg terkenal dan masyhur sehingga kini adalah...Imam Asy-Syathi..beliau mengumpulkan didalam kitabnya sebanyak 7 bacan Imam Qiraat...
[5/19, 11:58 AM] ‪+60 14-856 1863‬: Dan dalam kitabnya itu beliau meriwayatkan Bacaan Qiraat Imam Ashim melalui riwayat Hafs dgn satu aliran shj..iaitu Toriq Ubaid bin As Shabbah an Nahsyali..
[5/19, 12:00 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Kemudian...selepas ratusan tahun (lebih kurang dlm 200 tahun) lahir pula imam yg hebat dan terkenal iaitu Imam Ibnu al-Jazari..
[5/19, 12:03 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Apa yg ana nak jelaskan disini... *sebelum imam jazari*..penulisan ilmu qiraat dan tajwid..adalah bersamaan iaitu bercampur..maksud tiada pemisahan..iaitu ditulis ilmu qiraat dan tajwid itu dalam kitab yg satu...
[5/19, 12:04 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Sehinggalah lahirnya Imam ibnu al jazari...dimana beliau memisahkan diantara ilmu qiraat dan tajwid...ditulis secara berasingan...
[5/19, 12:10 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Dan utk pengetahuan ahli semua...Imam ibnu jazari juga telah menambah 3 Imam qiraat lagi...yg ditulis dlm kitabnya matn durur mudiah...sehingga terkumpul Qiraat yg mutawatirah itu sebayak 10 Qiraat...dikenali dgn 10 Qiraat kecil...iaitu Imam Syathibi (7)+Imam ibnu Jazari (3)..
[5/19, 12:13 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Siapa Imam ibnu al jazari..ahli2 boleh capai di internet utk pengetahuan asas
[5/19, 12:16 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Tidak lama selepas itu juga..Imam Ibnu al Jazari telah menulis kitab al-Qiraat al-Asyr al-Kubra..iaitu Qiraat 10 besar..
[5/19, 12:16 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Ok..boleh faham semua sehingga kini???
[5/19, 12:24 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Baiklah,berbalik seperti ana katakan diatas tadi...Imam Ibnu jazari adalah org yg pertama memisahkan ilmu tajwid dan qiraat...dalam ilmu tajwid..imam jazari telah menulis satu kitab yg hebat berbentuk nazam..iaitu al muqaddimah al jazariyyah..yg terkandung padanya ibu segala ilmu tajwid..sehinga ratusan syarah dilahirkan dalam mensyarah kitab beliau tersebut..
[5/19, 12:25 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Pengaruh al muqaddimah ini masih kuat sehingga mendominasi sehingga hari ini sehingga menjadi rujukan ulama dunia dalam ilmu tajwid..
[5/19, 12:29 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Dimalaysia juga tidak terlepas...namun sayangnya tak ramai yg mengenali beliau..bahkan dianggap sebagai seorang yg asing..dan menyusahkan... *seperti kata2 ana diatas tadi*...Ya Allah ampunilah kami Ya Allah atas kejahilan kami Ya Allah..
[5/19, 12:37 PM] ‪+60 14-856 1863‬: *Kesimpulannya*....dalam ilmu Qiraat kita mengikut bacaan: QIRAAT IMAM 'ASHIM RIWAYAT HAFS TORIQ SYATHIBI dalam kitabnya HIRZUL AMANI WAWAJHUT TIHANI...manakala dalam ilmu Tajwid kita mengikut IMAM IBNU AL-JAZARI dalam kitabnya AL- MUQADDIMAH AL-JAZARIYYAH..

**Ingatan: Ada beberapa hukum bacaan yg khas merujuk Imam Qiraat krn termasuk ilmu usulnya. InsyaAllah yg ini kene jumpa berdepan ana.☺
[5/19, 12:41 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Mungkin ada yg bertanya...kenapa ada yg menyebut thoriq imam jazari ust?...jawapannya nanti ana sambung ptg ni InsyaAllah.. Doakan ana diberi kesihatan dan kelapangan..itu shj utk pagi ini perkongsian kita..moga bermanfaat dan dirahmati Allah semua yg membac..sebarang persoalan yg berkaitan boleh ditanya..insyaallah ptg nanti ana akan respon...Wallahu a'lam.
[5/19, 3:31 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Yer benar..matan *al Durrah al Mudiah* ...betulkan ejaannya..laju sgt menaip tadi...
[5/23, 12:45 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Pada perkataan..." *kenapa ada yg menyebut thoriq imam jazari*"
[5/23, 12:47 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Alhamdulillah.. Tiada sebarang persoalan diajukan dan ini menandakan antum semua telah dapat memahaminya dgn baik..👍
[5/23, 12:52 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Baiklah... *hakikatnya dalam kitab Thoyyibah al-Nasyr karangan Imam Ibnu al Jazari*..disana beliau telah mengumpul sebanyak 52 Thoriq pada Riwayat Imam Haf 'an 'Ashim (termasuklah didalamnya thoriq Imam Syathibi) dan Imam Azmiri telah menambah lagi 5 Thoriq sehingga jumlah keseluruhan menjadi *57 Thoriq* dibawah imam Hafs...
[5/23, 12:55 PM] ‪+60 14-856 1863‬: *Persoalannya*..adakah boleh kita katakan... *ini bacaan thoriq syathibi...dan ini pula bacaan thoriq jazari*....???
[5/23, 12:57 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Maka pernyataan diatas adalah amat mengelirukan.. *kerana Imam ibnu al jazari adalah pengumpul thoriq...bukan salah satu thoriq dari 57 thoriq tersebut..*
[5/23, 1:00 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Jika imam jazari adalah salah satu dari 57 thoriq itu..maka barulah boleh kita kata ia sebegini..." Thoriq syahibi bacaannya sekian..dan Thoriq jazari bacaannya sekian"...sbb hendak dinampakkan perbezaan bacaan pada kedua nya...
[5/23, 1:05 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Oleh itu, kesimpulannya...pada 57 toriq itu terdapat padanya khilaf bacaan..yg mana perlu belajar dan mendalaminya utk mengetahui perbezaan bentuk bacaannya...dan imam jazari adalah Pengumpulnya..
[5/23, 1:08 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Antara thoriq2 riwayat hafs 'an 'ahim...yg dikumpul oleh imam jazari dalam kitabnya Thoyyibah:
1. Thoriq Syathibi
2. Thoriq Kamil
3. Thoriq Mustanir... dan lain2 thoriq lagi sehingga mencapai 57 thoriq..
[5/23, 1:11 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Jadi yg ada perbezaan bacaan.....adalah seperti contoh.. *Thoriq Syahibi vs Thoriq Kamil* atau thoriq2 yg lain... *bukan Thoriq Jazari..*
[5/23, 1:13 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Wallahu a'lam...sekadar itu perkongsian kita utk hari ini...dan tamat kuliah siri-2..moga bermanfaat.
[5/23, 1:14 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Insyaallah.. kuliah siri-3 akan dtg..Matan Tuhfah al-Athfal
[5/23, 3:26 PM] ‪+60 14-856 1863‬: 🌹🌹 *BIOGRAFI AL-IMAM IBNU AL-JAZARI (751H - 833H) : PENGHULU QURRA'*.
-----------------------------------------------------------------------------------------
🎋 *Latar Belakang*

Nama sebenar al-Imam Ibnu al-Jazari ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin `Ali bin Yusuf al-Jazari al-Dimasyqi. Beliau digelar sebagai Abu al-Khair. Beliau dilahirkan pada malam Sabtu 25 Ramadhan 751 Hijriah di Dimasyq, Syam. Di Dimasyq inilah beliau dibesarkan dan menjadi tempat beliau tamat menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 14 tahun lagi. Apabila beliau membesar beliau lebih cenderung untuk mendalami ilmu al-Qiraat daripada masyayikh-masyayikh yang ada pada ketika itu.

🎋 *Guru-guru Beliau*

Di antara ulama-ulama Dimasyq yang menjadi tempat beliau bertalaqqi ialah Abu Muhammad Abdul Wahhab bin as-Salar, Syeikh Ahmad bin Ibrahim at-Thohhan, Syeikh Abu al-Ma`ali Muhammad bin Ahmad al-Labani dan al-Qodhi Abu Yusuf Ahmad bin al-Husain al-Kifri al-Hanafi. Manakala guru-guru beliau dari Mesir ialah Abu Bakr Abdullah bin al-Jundi, Abu Abdillah Muhammad bin as-Sho`igh, Abu Muhammad Abdul Rahman bin al-Baghdadi dan Syeikh Abdul Wahhab al-Qorwi.

Ketika beliau bermusafir ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji dan menuju ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah s.a.w, beliau telah bertalaqqi al-Quran dengan Imam Masjid al-Nabawi ketika itu iaitu Muhammad bin Soleh. Beliau juga telah mentalaqqi al-Quran daripada hampir semua imam-imam qiraat daripada Syam, Mesir, Hijaz baik secara ifrad dan jama` dengan berpandukan kitab-kitab qiraat yang muktabar seperti as-Syatibiah, at-Taisir, al-Kafi, al-`Unwan, al-I`lan, al-Mustanir, at-Tazkirah, at-Tajrid dan lain-lain kitab qiraat yang masyhur pada ketika itu yang menjadi rujukan utama umat Islam dalam bidang ini.

Beliau juga mengadakan majlis pengajian qiraat selama beberapa tahun di Jami` Umawi, Dimasyq dengan sambutan yang cukup hebat oleh murid-murid beliau pada masa itu. Ada dikalangan mereka yang bertalaqqi daripada beliau berdasarkan satu buah kitab qiraat sahaja. Ada juga yang lebih daripada satu buah kitab. Ada yang bertalaqqi daripada beliau Qiraat Tujuh, Qiraat Sepuluh bahkan lebih daripada itu. Antara anak-anak murid beliau yang mengambil Qiraat Sepuluh ialah anak beliau sendiri Abu Bakr Ahmad bin Muhammad, Syeikh Mahmud bin al-Husain as-Syirazi, Syeikh Najibuddin Abdullah bin al-Husain al-Baihaqi, Syeikh Muhammad bin Ahmad bin al-Haim dan sebahagian besar murid-murid beliau yang lain.

🎋 *Kegigihan Beliau*

Kesungguhan beliau untuk mendalami ilmu qiraat ini cukup terserlah dengan ketabahan beliau merantau keseluruh rantau Islam untuk belajar ilmu Qiraat dan mengajarkannya. Beliau telah bermusafir ke Mesir, Madinah, Basrah, Samarqand, Khurasan, Isfahan dan Syiraz. Ketika beliau singgah di `Anizah, Najd beliau telah mengarang kitab ad-Durrah al-Mudhiah, kitab Qiraat Tiga untuk menyempurnakan Qiraat Tujuh oleh Imam as-Syatibi sehingga dikenali sebagai Qiraat Sepuluh Syughra.

Ketika beliau berada di Madinah, setelah selesai beliau mengarang Tahbir at-Taisir, beliau mengarang satu kitab lagi yang cukup bermakna dalam dunia ilmu al-Quran dan al-Qiraat iaitu an-Nasyr Fi al-Qiraat al-`Asyr. Kitab ini merupakan kitab yang paling sempurna di antara sekian banyak kitab-kitab beliau dalam membahaskan ilmu tajwid dan qiraat. Kitab inilah yang menjadi manhaj tertinggi pengajian ilmu qiraat sejak zaman dahulu sehinggalah sekarang. Setelah itu, beliau telah mengarang sebuah kitab untuk mentalkhis kitab an-Nasyr ke dalam bentuk matan dengan nama Toyyibah an-Nasyr Fi al-Qiraat al-`Asyr. Kitab inilah yang telah al-Azhar tetapkan dalam manhaj pengajian qiraat di marhalah Takhassus Qiraat di maahad-maahaq qiraat di seluruh Mesir. Di samping itu, semasa beliau berada di Madinah beliau telah mengarang beberapa kitab lain samada qiraat dan lain-lain.

🎋 *Kealiman Beliau Dalam Bidang-bidang Lain*

Sebenarnya al-Imam tidaklah alim dalam bidang qiraat sahaja, bahkan beliau sangat alim dalam beberapa disiplin ilmu yang lain seperti tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, tauhid, tasauf, nahu, sorf, balaghah dan lain-lain lagi. Akan tetapi, di antara ilmu-ilmu yang dinyatakan tadi ternyata beliau lebih alim dalam bidang ilmu hadith. Al-Imam telah mempelajari ulum hadith ini daripada guru-guru beliau seperti as-Syeikh Solahuddin bin Ibrahim bin Abdullah al-Muqaddisi al-Hanbali, al-Imam al-Mufassir al-Muhaddith al-Hafiz Abu al-Fida` Ismail bin Kathir, al-Imam Ibnu `Asakir, Zainuddin bin Abdul Rahim al-Isnawi dan beberapa guru beliau yang muktabar. Beliau mendalami ilmu ini baik dirayah mahupun riwayah sehingga beliau digelar al-Huffaz ath-Thiqat al-Athbat.

Beliau berguru dengan al-Imam al-Isnawi dan al-Imam Ibnu Kathir sehinggalah beliau diberi keizinan oleh gurunya untuk memberi fatwa dan pengajian pada tahun 774 Hijriah sedangkan pada ketika itu beliau baru berumur 24 tahun dan al-Imam Ibnu Kathir merupakan guru pertama yang memberi ijazah keizinan memberi fatwa kepada beliau. Beliau juga diiktiraf untuk memberi fatwa oleh as-Syeikh Dhiauddin pada tahun 778 Hijriah. Manakala pada tahun 785 Hijriah, Syaikhul Islam al-Balqini juga melakukan perkara yang sama.

Beliau telah dilantik sebagai Masyikhah as-Solihiyyah di Baitul Maqdis selama beberapa waktu.Beliau juga pernah dilantik sebagai qadhi di Syam dan Syiraz. Ketika beliau di Syiraz, beliau telah menubuhkan sebuah madrasah untuk mengajar ilmu qiraat yang diberi nama "Darul Quran".

🎋 *Kewafatan Beliau*

Pada waktu dhuha hari Jumaat bertepatan 5 Rabi`ul Awwal 833 Hijriah, beliau telah pulang mengadap Rabul `Izzati. Beliau telah disemadikan di Darul Quran yang diasaskan olehnya. Jenazah beliau telah diiringi oleh seluruh umat tanpa mengira darjat dan pangkat. Ini memberi bukti beliau benar-benar dikasihi umat.

🎋 *Renungan Bersama*

Sesungguhnya al-Imam merupakan seorang yang alim, soleh, wara`, zuhud dan pemurah. Seluruh masa dan waktu beliau penuh dengan amal kebajikan dan taqarrub. Sentiasa membaca al-Quran dan mendengarnya daripada orang lain, tekun menuntut ilmu sehinga mampu mengarang. Beliau tidak pernah meninggalkan qiamullail baik ketika beliau kelapangan atau dalam permusafiran. Senantiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta tiga hari dalam setiap bulan. Banyak karangannya yang bermanfaat menunjukkan tingginya kegigihan beliau dan hebatnya ilmu beliau tanpa mengira disiplin ilmu apatah lagi dalam bidang ilmu al-Quran dan al-Qiraat yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T kepada beliau

📋 *Catatan: Abu Huzaifah*
[5/23, 3:28 PM] ‪+60 14-856 1863‬: Mohon dibaca sehingga akhir agar kita dapat mengenali dengan lebih dekat siapa IMAM IBNU AL-JAZARI..moga bermanfaat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.