Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti
import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian. JKDM telah memainkan
peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi
kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi
negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor
perindustrian.

Memastikan Pematuhan Perundangan. JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan
undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai
Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari
berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk
memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh
pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.