Pengecualian Perbendaharaan


 Pengecualian Perbendaharaan adalah satu kemudahan pengecualian duti/cukai ke atas
barang- barang yang diberikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menurut Seksyen
12(2) Akta Kastam 1967, Seksyen 10 Akta Cukai Jualan 1972 dan Seksyen 11(2) Akta Eksais
1976 kepada syarikat/individu bagi membantu pertumbuhan industri di Malaysia dalam
menghadapi era perindustrian yang lebih global.

 Objektif kemudahan ini ialah untuk mengurangkan kos pembelian bagi bahan mentah,
komponen, mesin, peralatan, aksesori yang tidak dapat diperolehi dari sumber-sumber
tempatan, menggalakkan pertumbuhan industri tempatan yang berorientasikan eskport dan
mengurangkan kos pengeluaran barang-barang supaya dapat bersaing di pasaran
antarabangsa.
 Permohonan boleh dikemukakan kepada pihak MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia). Permohononan akan dikemukakan seterusnya kepada Kementerian Kewangan
Malaysia untuk pertimbangan.
 Pemohon diberi proses dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan diterima oleh MIDA.
Nota 12 : Duti Eksais, Sistem e-EKSAIS
 Duti Eksais adalah duti yang dikenakan bagi barang-barang yang dikilangkan di
Persekutuan atau yang diimport. Barang-barang yang tertakluk kepada duti eksais adalah
tersenarai dalam Perintah Duti Eksais 2004.
 e-Eksais adalah satu sistem yang telah dibuat penambahbaikan kepada sistem ESS. Sistem ini
dibangunkan untuk memproses permohonan pelepasan kereta atau motosikal daripada
kilang/loji pemasangan dan juga untuk memproses pembayaran duti eksais secara Electronic
Fund Transfer (EFT).
 Sistem ini menghubungkan antara sistem pengilang, Sistem Maklumat Kastam dan Sistem
RHB Bank dengan secara langsung menggunakan leased line.
 Sistem ini merangkumi dua proses :
 Proses

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.