Pelantikan Hakim



 Ketua badan kehakiman negara adalah Ketua Hakim Negara

 Berikut adalah dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri :

o Ketua Hakim Negara
o Presiden Mahkamah Rayuan
o Hakim Besar Mahkamah Tinggi
o Hakim Mahkamah Persekutuan
o Hakim Mahkamah Tinggi

 Perdana Menteri perlu meminta pandangan Ketua Hakim Negara sebelum memberi nasihat
tentang perlantikan seorang hakim. Bagi perlantikan Hakim Besar, Perdana Menteri perlu
berunding dengan Hakim-Hakim Besar sedia ada.

 Bagi pelantikan yang melibatkan Mahkamah Tinggi Borneo, Perdana Menteri perlu meminta
pandangan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

 Seorang hakim memegang jawatan sehingga mencapai umur persaraan 65 tahun. Tempoh
tersebut boleh dilanjutkan sehingga tidak melebihi 6 bulan selepas mencapai umur 65
tahun. Beliau boleh meletak jawatan secara sukarela sebelum mencapai umur persaraan
tersebut.

 Seorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya kecuali atas perakuan sebuah tribunal
yang ditubuhkan oleh YDPA yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara.

 Perlucutan jawatan hakim boleh dilakukan atas sebab-sebab berikut :

o Berkelakuan tidak baik dan tidak berupaya
o Dengan alasan kelemahan tubuh badan dan otak
o Melanggar Kod Etika Hakim 1994
o Sebab lain yang boleh menjejaskan mereka untuk menjalankan tugas dengan
sempurna.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.