Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menyerupai Kabinet pada peringkat negeri. Majlis
ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Raja atau Yang
Dipertua Negeri.

 Ahli-ahli majlis dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau
Ketua Menteri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Sabah dipanggil Jemaah Menteri Negeri
dan Sarawak dipanggil Majlis Tertinggi.

 Tugas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah membuat dasar-dasar kerajaan negeri.
Keahlian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdiri daripada :

o Menteri Besar/Ketua Menteri
o Tidak kurang daripada 4 orang tetapi tidak lebih daripada 12 orang (termasuk
Menteri Besar/Ketua Menteri) ahli DUN yang dilantik.
o 3 orang pegawai kerajaan yang dilantik berasaskan jawatan :
 Setiausaha Kerajaan Negeri
 Penasihat Undang-undang
 Pegawai Kewangan Negeri
 Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatan selama mana yang
diperkenankan oleh raja atau Yang Dipertua Negeri dan tidak boleh terlibat dalam
perniagaan atau pekerjaan yang berkait rapat dengan jawatan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.