Kuasa Kewangan



 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan semua sumber hasil utama terletak di bawah
bidang kuasa kerajaan pusat. Kerajaan pusat merupakan pihak berkuasa pencukaian yang
utama.

 Terdapat dua pemberian wajib kerajaan persekutuan kepada semua kerajaan negeri pada
setiap tahun.

1. Pemberian mengikut bilangan orang di sesebuah negeri.
o 100,000 orang pertama - RM20/orang
o 150,000 orang berikutnya - RM10/orang
o 250,000 orang berikutnya - RM6/orang
o Seterusnya - RM3/orang

2. Pemberian jalan raya berasaskan kepanjangan jalan negeri yang berkenaan.

o Dikira mengikut perbelanjaan purata yang ditanggung oleh kerajaan negeri bagi
memelihara satu batu jalan mengikut taraf yang rendah didarab dengan jumlah
batuan jalan-jalan negeri yang layak menerima pemberian itu.

 Segala wang dan hasil kerajaan negeri hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
Yang Disatukan dan dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang perbekalan yang
diluluskan setiap tahun.

 Kerajaan negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman kecuali daripada kerajaan pusat
atau daripada bank yang diluluskan oleh kerajaan pusat (tempoh pinjaman tidak melebihi 5
tahun).




Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.