Kisah disebalik Masjid Merah jambu


Masjid Dimaukom Ampatuan, Filipinia Selatan

Cinta, kasih sayang, dan bersama dalam kepelbagaian, itulah simbol dari Masjid yang unik ini. Jika biasanya kita melihat masjid berwarna natural, namun berbeza dengan Masjid ini. Masjid yang di cat warna merah jambu ini menjadi pusat perhatian masyarakat dan pelancong yang datang. Namanya Masjid Dimaukom.

Terletak di Kota Datu Saudi Ampatuan, Wilayah Maguindanao, Filipina Selatan, Masjid Dimaukom telah menjadi ikon sekaligus tempat pelancongan agama di daerah tersebut. Warna merah jambu yang mendominasi seluruh bangunan masjid itu menjadi pemandangan indah bagi siapa sahaja yang melihatnya.

Masjid Dimaukom pertama kali dibina pada tahun 2011 atas perintah Datuk Bandar, Datu Saudi Ampatuan iaitu Samsodin Dimaukom. Nama masjid Dimaukom sendiri diambil daripada nama Datuk Bandar. Pembangunan masjid ini dilakukan selama dua tahun hingga akhirnya dibuka untuk umum pada tahun 2013.

Bangunan Masjid Dimaukom secara keseluruhan berwarna janbu yang menjolok. Semua sudut dan dinding masjid berwarna merah jambu. Apabila masuk ke kawasan masjid, pengunjung akan langsung disambut oleh pintu gerbang dan pagar yang berwarna merah jambu menyala. Warna merah jambu juga ditemui di bahagian dalam masjid kerana seluruh bagian masjid dilapisi warna merah jambu, mulai dari merah jambu muda hingga  menjolok layaknya istana Barbie yang sangat indah.

Tidak hanya itu, bangunan di sekitar masjid seperti balai polis dan pasar juga dicat dengan warna serupa. Bahkan siapapun yang datang ke sini harus berpakaian merah jambu. Tak hanya para murid yang belajar mengaji di masjid ini yang harus berpakaian merah jambu, namun para pelancong yang datang juga harus berpakaian merah jambu.

Rujukan : gomuslim.co.id


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.