Kisah disebalik Batalion Keempat Askar Melayu Diraja

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات

Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu DiRaja
(Batalion Infantri Standard)

Kem Tapah, Tapah, Perak.

Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan salah sebuah batalion infantri tertua di dalam Tentera Darat. Sejak ianya ditubuhkan, banyak peristiwa dan sejarah telah berlaku dan dapat dijadikan kenangan serta kemegahan pasukan. Pasukan ini telah ditubuhkan di Port Dickson pada 22 Nov 1949 (Penubuhan pasukan adalah melalui kuasa yang diluluskan; FED/M/3000/1/72). Anggota-anggota yang menjadi teras penubuhan adalah terdiri dari Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) dan soldadu-soldadu yang terlatih dari Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja serta rekrut-rekrut yang baru tamat menjalani latihan asas di Depoh Askar Melayu.

Sehingga kini, pasukan ini telah mempunyai seramai 33 orang Pegawai Memerintah dan Pegawai Memerintah yang pertama adalah Lt Col C.N.B Rose yang memerintah mulai tahun 1949 hingga 1952. Anak Melayu pertama yang menjadi Pegawai Memerintah adalah Lt Kol Abbas bin Abdul Manan yang memerintah dari tahun 1957 hingga 1958. Sarjan Mejar Rejimen yang pertama adalah WO 1 J.R Rose, yang berkhidmat di pasukan dari tahun 1949 hingga 1953, manakala anak Melayu yang pertama menjadi RSM adalah 545 PW 1 Ismail bin Chik MBE.

LAMBANG PASUKAN

Lambang Pasukan
Kukri bersilang telah dipilih sebagai identiti utama pasukan. Ia adalah senjata yang biasanya digunakan oleh orang-orang Nepal yang berbangsa Gurkha dan merupakan senjata rasmi bagi bangsa Gurkha yang berkhidmat di Tanah Melayu sepanjang tempoh darurat.

Gelaran GURKHA MALAYA telah diberikan ketika pasukan ini berada di Mentakab, Pahang pada tahun 1950, iaitu semasa di bawah pemerintahan Lt Kol C.N.B Rose selaku Pegawai Memerintah yang pertama. Gelaran ini diberikan oleh Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British Ke Tanah Melayu kerana kehebatan anggota-anggota pasukan yang setanding dengan Tentera-Tentera Gurkha yang berkhidmat di Tanah Melayu pada tahun 1948 hingga 1960. Anggota-anggota pasukan ini telah mempamerkan mutu disiplin yang tinggi, bersifat garang, tahan lasak dan bersikap agresif.

COGANKATA PASUKAN

Cogankata pasukan ialah TETAP UNGGUL atau FOREVER EXCELLENCE. Perkataan tersebut dipilih untuk memberi suatu inspirasi kepada warga Gurkha Malaya supaya terus berusaha mencapai kecemerlangan. Cogan kata ini telah diilhamkan oleh Lt Kol Badrulzaman bin haji A. Rani (Pegawai Pemerintah ke-24) pada tahun 1992.

WARNA PASUKAN

"TETAP UNGGUL"
Warna biru melambangkan ketaatsetiaan dan semangat juang yang tinggi di kalangan anggota dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. Warna yang tersendiri ini menunjukkan keunggulan dan kekuatan yang padu pada setiap anggota dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan rintangan.

PANJI-PANJI REJIMEN

Panji-panji Rejimen
Perkataan Panji-Panji bermaksud lambing yang dibawa oleh unit-unit tentera. Pada mulanya lambang-lambang ini hanya dimaksudkan bagi bendera-bendera yang dibawah dengan berjalankaki terutama oleh infantry, tetapi selepas itu ianya ditujukan kepada lambing-lambang dan lencana-lencana tentera berkuda serta unit-unit berkenderaan. Perkataan Panji-Panji atau dalam Bahasa Inggeris, Colours mula digunakan sebagai panggilan kepada warna-warna cerah yang terdapat pada lambing pasukan infantry.

Panji-Panji telah digunakan sebagai satu cara pengenalan dan tanda tempat berkumpul semasa peperangan. Panji-Panji juga digunakan untuk menandakan Markas Pasukan di dalam peperangan. Dengan perubahan-perubahan yang telah berlaku di dalam peperangan, Panji-Panji telah dianggap sebagai satu symbol semangat tradisi pasukan yang membawanya. Di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Panji-Panji dikurniakan kepada sebuah rejimen sebagai penghargaan dan kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara.

Penganugerahan Panji-Panji 4 RAMD yang pertama telah disempurnakan oleh Sir Gerald Templer selaku Pesuruhjaya Tinggi British Ke Tanah Melayu di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 8 Jul 1953. Pegawai yang telah menerima Panji-Panji berkenaan ialah Lt M Mohamad Nordin bin Mohaludin. Pasukan ini adalah merupakan antara pasukan yang pertama menerima Panji-panji dari Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Ianya dianggap yang pertama diterima sejak diperkenalkan oleh Ratu Elizabeth II selepas baginda menaiki takhta.

PENEMPATAN PASUKAN SEJAK PENUBUHAN

PENEMPATAN

Port Dickson, Negeri Sembilan
Mentakab, Pahang
Port Dickson, Negeri Sembilan (Retraining)
Mentakab, Pahang
Tapah, Perak
Kroh, Perak
Mentakab, Pahang
Majidee, Johor
Sarawak, (Penugasan Gerakan)
Majidee, Johor
Tawau, Sabah (Penugasan Gerakan)
Majidee, Johor
Bau, Sarawak (Penugasan Gerakan)
Majidee, Johor
Tawau, Sabah (Penugasan Gerakan)
Majidee, Johor
Sungai Besi, Kuala Lumpur
Ipoh, Perak
Sandakan, Sabah
Sungai Ara, Pulau Pinang
Sri Aman, Sarawak
Tapah, Perak

LAGU PASUKAN

SUMPAH SATRIA

LANGKAH MAJU KITA TERUS MARA
PANTANG UNDUR MENYERAH TIADA
INILAH TEKAD SUMPAH SATRIA
PASUKAN EMPAT MELAYU DIRAJA

BERJUANG DENGAN GAGAH SETIA
MEMPERTAHANKAN NUSA DAN BANGSA
UGAMA JUGA TIDAK DILUPA
WALAU DI DALAM BAHAYA

PERWIRA EMPAT MELAYU DIRAJA
SEMUA TAMPAN GAGAH PERKASA
SEDIA BERKORBAN UNTUK NEGARA
MENGHAPUSKAN MUSUH YANG DURJANA

PERGINYA PERWIRA YANG BERJASA
TAK RELA TANGISAN DI PUSARA
KEPADA TUHAN POHONKANLAH DOA
INILAH SUMPAH SATRIA KITABatalion Keempat Rejimen Askar Melayu DiRaja

INILAH SUMPAH SATRIA KITA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.