Keselamatan dan Pertahanan Negara


 3 prinsip utama keselamatan negara kita :
o Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi, Raja berpelembagaan.
o Prinsip perpaduan - pelbagai kaum, agama, bangsa
o Mementingkan semangat integrasi nasional

 Parti Komunis Malaya (PKM) adalah contoh ancaman yang diterima oleh Tanah Melayu sekitar
tahun 1948 - 1960.

 Satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia, Thailand dan PKM termeterai pada 2 Disember 1989 di
Hadyai telah menamatkan krisis ancaman ini.

 Semakin berleluasa ancaman dalaman negara adalah ancaman dadah.

 Persatuan Pencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) adalah badan yang berperanan dalam
pemulihan penagih-penagih dadah di Malaysia.

 Antara langkah-langkah keselamatan dan pertahanan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
adalah membentuk :

o Kementerian Pertahanan
 Satu agensi yang bertanggungjawab menggubal dasar dan arahan kerajaan
tentang hal ehwal kerajaan.
 Bertanggungjawab memastikan arahan pertahanan dilaksanakan oleh ATM
(Tentera Darat, Laut, Udara).
 Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi bagi ATM


o Kementerian Dalam Negeri (KDN)

 Agensi yang terlibat dalam KDN :


  • Jabatan Pertahanan Awam (JPA)
  • Jabatan Percetakan Negara
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Imigresen
  • Jabatan Penjara
  • Pendaftaran Pertubuhan
  • Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

 Di peringkat kebangsaan, kerajaan menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu satu
badan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara.

 Antara penubuhan lain bagi membantu menguruskan keselamatan negara di peringkat lebih
kecil seperti :

o JKKN - Jawatankuasa Keselamatan Negeri
o JKKD - Jawatankuasa Keselamatan Daerah
o JKKK - Jawatankuasa Keselamatan Kampung
o JPA - Jabatan Pertahanan Awam
o RELA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.