Kementerian, Jabatan dan Badan-badan Kerajaan


 Beberapa buah kementerian, jabatan dan badan-badan kerajaan ditubuhkan bagi
melaksanakan tugas-tugas eksekutif kerajaan pusat. Terdapat 25 buah kementerian yang
diketuai oleh seorang Menteri, dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.

 Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh mengetuai sebuah atau beberapa
buah kementerian. Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen dilantik oleh YDPA atas
nasihat Perdana Menteri dari kalangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

 Tugas Setiausaha Parlimen adalah membantu Menteri untuk menjawab pertanyaan lisan
dalam sidang Parlimen, menerangkan dasar-dasar kementerian dan mengusulkan undangundang
atas nama Menteri.

 Ketua Setiausaha Negara adalah pegawai perkhidmatan awam yang tertinggi. Beliau
merupakan ketua kepada semua kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau
juga sebagai penasihat dan pentadbir utama kepada Perdana Menteri.

 Setiap kementerian diketuai oleh seorang Ketua Setiausaha. Ketua Setiausaha menjadi
penasihat utama kepada menteri dan bertanggungjawab kepada menteri dalam
melaksanakan program pada peringkat kementerian. Beliau dibantu oleh para pegawai dan
kakitangan awam pentadbiran. Manakala jabatan-jabatan kerajaan diketuai oleh ketua
jabatan (Ketua Pengarah).

 Badan-badan Berkanun diketuai oleh seorang Pengerusi. Badan-badan Berkanun adalah
agensi separuh kerajaan yang berperanan bagi melicinkan pentadbiran dan pelaksaan
program pembangunan negara seperti MARA, DBP, MARDI, FELDA, RISDA dll.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.