Kategori Gudang Berlesen

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Gudang Berlesen merupakan gudang yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam
1967 untuk penyimpanan barangan berduti yang mana pembayaran duti dan cukai
ditangguhkan sehingga barangan dikeluarkan untuk penggunaan tempatan atau untuk
dieksport semula. Terdapat beberapa kategori Gudang Berlesen yang ditawarkan dan
aktiviti-aktiviti yang diberikan.

 Permohonan lesen gudang hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam yang
berhampiran dengan premis gudang dan tertakluk kepada syarat-syarat serta prosedur
permohonan yang ditentukan. Peringkat pertimbangan untuk kelulusan lesen gudang adalah
bergantung kepada kategori gudang. Gudang Berlesen Awam dipertimbangkan diperingkat
Kementerian Kewangan, manakala gudang berlesen persendirian dipertimbangkan
diperingkat Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya dan gudang PEKEMA oleh Pengarah Kastam
Negeri. Bagi permohonan yang diluluskan, bayaran lesen Gudang akan dikenakan sebanyak RM1200 setahun dan bagi agensi kerajaan bayaran lesen sebanyak RM120.00 setahun.

Kategori Gudang Berlesen :
o Gudang Berlesen Awam (GBA)
o Gudang Berlesen Persendirian (GBP)
o Gudang Berlesen PEKEMA
o Gudang Berlesen Petroleum (Petroleum)
o Gudang Berlesen Awam (Petroleum)
o Gudang Berlesen Persendirian (Petroleum)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.