Kabinet


 Kabinet merupakan satu badan yang tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan
Persekutuan. Pembentukan kabinet dibentuk oleh parti yang mendapat kerusi majoriti di
Dewan Rakyat. Kabinet adalah sebuah badan eksekutif dan bukannya sebuah badan
pentadbiran.

 Jentera Pentadbiran Kerajaan yang melaksanakan dasar dan arahan Kabinet.

 Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri lain
sebagai ahlinya. Menteri-menteri dalam kabinet dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
dengan nasihat daripada Perdana Menteri.

 Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan. Beliau bertanggungjawab dalam memaklumkan
kepada YDPA dari semasa ke semasa tentang hal ehwal pentadbiran negara.

 Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan dalam semua perkara
yang berkaitan dengan dasar negara.

 Kabinet sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi membincangkan dan
memutuskan sesuatu dasar atau pekara penting dalam mesyuarat kabinet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.