Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri Malaysia

 Kementerian Hal Ehwal Luar mengendalikan hubungan luar Malaysia.
 Kementerian ini diketuai oleh seorang menteri dikenali sebagai Menteri Luar.
 Malaysia mengamalkan prinsip-prinsip asas yang menjadi teras kepada dasar luar Malaysia :

o Saling menghormati kedaulatan semua negara
o Menjalankan hubungan secara diplomasi
o Hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
o Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan PBB
o Penekanan hubungan serantau ASEAN
o Memelihara kepentingan dan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat
o Mengamalkan prinsip hidup bersama

 Malaysia juga menyertai beberapa petubuhan serantau bagi mengeratkan hubungan sesama
negara dan untuk kemajuan ekonomi dan sosial. Antaranya adalah :

o Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) - 1967
o Penjanjian Ekonomi Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara
o Persatuan Asia Tenggara (ASA) - 1967
o Gagasan MAPHILINDO (Malaysia, Filipina, Indonesia) - 1963

Persatuan Asia Tenggara (ASA)

 ASA - Association of Southest Asia. Antara negara terlibat - Malaysia, Thailand, Filipina.
Pertubuhan ASA cenderung kepada kerjasama pembangunan bidang ekonomi dan sosial
supaya fahaman komunis dapat ditangkis di serantau ini.
 Filipina menarik diri daripada ASA kerana membantah Tanah Melayu memasukkan Sabah di
dalam Persekutuan Malaysia.

 Indonesia enggan menyertai ASA kerana membantah penubuhan Malaysia.

Pertubuhan MAPHILINDO

 Satu pertubuhan yang menyatukan ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia
ialah - MAPHILINDO

 Tujuan penubuhan MAPHILINDO adalah untuk :
o Mewujudkan perpaduan antara ketiga-tiga negara
o Kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan

 Negara lain kurang berminat untuk menyertai pertubuhan ini.

 Manakala perselisihan antara ketiga-tiga negara masih berlarutan.

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

 Selepas rundingan semula antara Malaysia, Filipina dan Indonesia bagi menyelesaikan
perselisihan, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok pada 8
Ogos 1967.
 5 buah negara menjadi pengasas kepada ASEAN iaitu :
o Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura
 ASEAN ditubuhkan melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh :
o Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
o Adam Malik
o Thanat Khoman
o Narciso Ramos
o S. Rajaratnam
 5 negara telah menyertai ASEAN iaitu Brunei, Vietnam, Laos, Mynmar dan Kemboja.

Penglibatan Malaysia di PBB, NAM dan OIC

 17 Sept 1957 - Malaysia adalah anggota ke-82 diterima menyertai Pertubuhan Bangsabangsa
bersatu (PBB).
 Penyertaan ini adalah satu usaha Malaysia bekerjasama dan menjaga hubungan baik sesama
anggota demi keamanan bersama.
 Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) adalah pertubuhan negara-negara yang tidak
memihak kepada kuasa blok barat atau timur.
 Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia bergiat cergas dalam Pertubuhan Persidangan
Negara-negara Islam (OIC).
 Penubuhan OIC adalah untuk mewujudkan kerjasama di kalangan negara anggota untuk
memupuk perpaduan umat Islam di seluruh dunia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.