Hati kering! upah RM3000 sanggup edar ganja 500 Kilogram



Assalam YDH Dato' Seri PJSJN

Kes Menarik

Tangkapan (1) lelaki Melayu dibawah Sek 39B ADB 1952 di Alor Setar Kedah oleh JSJN Kedah.

Rampasan: 533 ketulan ganja @ 527.9 kg

Pengadu: ASP Mior Abdul Khalil, PT ROT JSJN Kedah

Alor Setar Rpt: 23617/17

Fakta kes:
Bertindak atas maklumat pada 18/10/17 @ 0620 hrs sepasukan polis yang diketuai ASP Mior Abdul Khalil bersama pegawai /anggota JSJN Kedah dan JSJN Bukit Aman telah menahan sebuah kereta Toyota Alphard  no. pendaftaran WVR 1511 di depan trafik light Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar Kedah dan menahan seorang lelaki Melayu sebagai pemandu dalam kereta tersebut.
Pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 13 guni berisi slab-slab dadah ganja di bahagian penumpang belakang kereta. Setiap guni berisi 41 slab dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 533 slab dadah ganja dengan berat kasar 527.9 kilogram. Barang kes dirampas untuk siasatan lanjut.

Butiran tangkapan :
Nama:
K/P:
Kerja: Pembantu Kedai Runcit
Alt: Kg. Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Ulasan :
Hasil temubual mendedahkan suspek telah datang ke Kuala Kedah seorang diri. Suspek bergerak terus dari Sg. Buloh, Selangor untuk mengambil dadah ganja daripada seorang lelaki Melayu tempatan untuk dibawa balik ke Sg. Buloh Selangor. Suspek mendapat upah sebanyak RM3,000.00 daripada satu lelaki dikenali sebagai 'IJAT'. Suspek telah terlibat selama hampir setahun dalam aktiviti pengedaran dadah dan juga didapati positif dadah ganja.

Suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Makluman YDH Dato' Seri.

Terima kasih. Salam hormat.

S/K: Dato' Timb. Pengarah I II III KPP I KPP Sting

#PerangiDadah
#KuangNews


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.