E-Perolehan

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


 E-Perolehan dilancarkan pada 6 Oktober 2000. Ia adalah sistem online yang membolehkan
semua pembekal mendaftar lesen syarikat mereka dengan Kementerian Kewangan dan
menjual barangan atau perkhidmatan kepada kerajaan secara atas talian.

 Sebelum permohonan E-perolehan diluluskan dan digunapakai, para pembekal haruslah
mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan di Kementerian Kewangan. Sistem e-
Perolehan merangkumi kesemua jenis perolehan kerajaan.

 Modul-modul e-Perolehan adalah seperti berikut :
o Pendaftaran Pembekal
o Kontrak Pusat
o Kontrak Kementerian
o Pembelian Terus
o Sebutharga
o Tender
o eBidding

 Pendaftaran pembekal/Perunding
o Portal utama yang membolehkan pembekal mendaftar dengan Kementerian
Kewangan (MOF).
o Sistem Pendaftaran Pembekal yang merangkumi aktiviti Pendaftaran Baru,
Pembaharuan, Kemaskini Profail dan Permohonan Status Bumiputera.

 Kontrak Pusat
o Perolehan yang melibatkan kontrak produk yang spesifik kepada pembekal terpilih
yang telah ditentukan oleh MOF dalam tempoh yang ditetapkan.

 Kontrak Kementerian
o Perolehan yang melibatkan kontrak produk barang yang spesifik kepada pembekal
terpilih yang telah ditentukan oleh Kementerian dalam tempoh yang telah
ditetapkan.

 Pembelian Terus
o Bagi Perolehan produk dan perkhidmatan yang bernilai RM50,000
o Kajian pasaran menerusi katalog produk dan perkhidmatan secara online.
o Pemeriksaan Peruntukan dan Kelulusan secara online.

 Sebutharga
o Bagi perolehan produk dan perkhidmatan yang bernilai di antara RM50,000 -
RM500,000.
o Tawaran dan penilaian secara online.

 Tender
o Bagi perolehan produk dan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000
o Tawaran dan penilaian secara online.

 eBidding
o Modul perolehan berkonsepkan Electronic Reverse Auction (ERA) yang
membolehkan pembekal bersaing secara interaktif.
o Menggalakkan penjimatan kepada pihak kerajaan kerana harga adalah berdasarkan

harga pasaran sebenar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.