Dua kaedah bacaan Iqlab dan Ikhfa Syafawi

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


[6/9, 4:11 PM] ‪+60 19-237 8246‬: Saya menerima 2 cara bacaan untuk hukum Iqlab dan Ikhfa' Syafawi;

1. Kedua bibir mulut direnggangkan sedikit iaitu sekira-kira boleh dimasukkan sehelai kertas yang nipis ke dalam mulut. Kaedah bacaan ini saya terima dari (1) fadhilah al-Syaikh Muhammad Firdaus al-Muqri' iaitu murid al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ridha, guru qira'at di Syubra al-Azhar Mesir, (2) al-Marhum al-Muqri' Salikin bin Sitek Syaikh al-Maqari' Negeri Selangor, (3)Fadhilah al-Syaikh al-Muqri' Haji Ahmad Badawi bin Abdullah, pensyarah di UKM Bangi, (4) al-Marhum Imam Hambali bin Abd.Salam, Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor dan (5) Tan Sri Haji Hassan bin Hj.Azhari.

2. Kedua-dua bibir dirapatkan (itbaq) beserta dengan dengung yang ringan sepanjang 2 harakat. Begitulah kaedah bacaan Iqlab dan Ikhfa' Syafawi yang saya terima dari Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari pada 23hb.April 2011 ( Sabtu ), (2) Bapak Abd.Syukur al-Andunisiy seorang guru Tarannum al-Quran iaitu anak murid K.H Basori Alwi Hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Indonesia dan Antarabangsa.

Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari ( semoga Allah memanjangkan usianya dan memberinya kesihatan ) menasihati saya agar mengamalkan cara bacaan yang kedua ( merapatkan kedua-dua bibir) sebab cara kedua ini telah dipersetujui oleh para ulama Tajwid dan Qiraat di Mesir dan Syiria . Menurut Tan Sri salah seorang ulama yang menyetujui dan mengeluarkan fatwa tentang kaedah bacaan tersebut (merapatkan kedua-dua bibir) ialah al-Syaikh Muhammad Karrim Rajih, Syaikh al-Qurra' di Damsyiq. Wallahu a'lam.

19
[6/9, 4:17 PM] Tok Adi: @ustaz nazri mohon penjelasan, setahu yg no 1 tu cara yg betul
[6/9, 4:18 PM] ‪+60 19-237 8246‬: Saya pon konpius
[6/9, 5:46 PM] ustaz nazri: dua2 betul...atas tu hanya methode (kaedah cara sebut)...bunyi tetap keluarnya sama...iaitu bukan mim yg sebenar...jgn konpius2..
[6/9, 5:48 PM] ustaz nazri: methode bukan wajib..itu ijtihad ulama shj...yg wajib adalah manhaj...iaitu apa bunyi suara yg dikeluarkan mesti Tartil..
[6/9, 5:57 PM] Tok Adi: sy berpegang yg no 1
[6/9, 6:04 PM] ustaz nazri: bila kita pegang salah satu...jgn kita menidak kaedah yg satu lagi...dan sebaik2 kita ada dua2 kaedah..sbb bila anak murid kita tak boleh satu kaedah..maka boleh guna kaedah satu lagi...kesimpulannya, lafaz yg dikeluar dari 2 kaedah tersebut adalah sama...tiada beza...iatu bunyi suara mim yg ringan (bukan suara mim yg sebenar)..._intaha_.
[6/9, 6:05 PM] angah hakim ngaji: Maaf ustz ...kaedah no 2 tu bkn k jd suara mim sbnr ustaz..bibir rpt
[6/9, 6:06 PM] ustaz nazri: ambillah secara talaqqi...baru tau
[6/9, 6:07 PM] ustaz nazri: ana telah ambil 2 kaedah ni
[6/9, 6:08 PM] Tok Adi: tu la dah jd mim yg sempurna...
[6/9, 6:08 PM] ustaz nazri: kaedah 2 tu..rapat bibir dgn ringan..
[6/9, 6:09 PM] angah hakim ngaji: Ada pulk berpndpt kaedh no 1 untk iqlab...no 2 untuk ikhfk sfawi...ada dbncg dlm group tdrus d msjd ana
[6/9, 6:11 PM] ustaz nazri: yg ni biasa kes org2 baru belajar..sbb masih tak jelas makhraj dan sifat..
[6/9, 6:11 PM] ustaz nazri: bila dah kuasai makhraj dan sifat..selesai lah tu..
[6/9, 6:12 PM] ustaz nazri: jgn risau..selagi tak libatkn makna
[6/9, 6:13 PM] Tok Adi: maknanya boleh pilih salah satu la kan, tapi kalau sy cenderung yg no 1 pun takpe kan
[6/9, 6:14 PM] ustaz nazri: yer..cenderung tu pilihan kita..ana sendiri pun ambil jln yg pertama..sbb berdasarkan 'illah ilmu..riwayah dan dirayah guru..
[6/9, 6:16 PM] ustaz nazri: diperingkat muqri...bukan takat mim shj yg khilaf..tapi masalah Dhod..kadar dengung dan lain2 lg..
[6/9, 6:18 PM] ustaz nazri: cuma tidak dipanjang pd masyarakat awam..
[6/9, 6:27 PM] ‪+60 19-237 8246‬: Rasa mcm tk kompius dah.... tk semua
[6/9, 6:32 PM] ustaz nazri: InsyaAllah..esok daurah ambil sanad secara dirayah (berkitab) pula..
[6/9, 6:33 PM] ustaz nazri: yg talaqqi mlm2 tu...sanad secara riwayah (mulut guru)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.