Dewan Rakyat

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


 Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum setiap 5 tahun sekali.
Jumlah ahli Dewan Rakyat - 222 orang seluruh negara.

 Setiap ahli Dewan Rakyat mewakili sebuah kawasan pilihan raya.

 Seorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat atau menjadi
ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang sama.

 Had umur minimum ahli Dewan Rakyat - 21 tahun.

 Tempoh perkhidmatan seorang ahli - 5 tahun

 Tempoh ini tamat sebaik sahaja Parlimen dibubarkan oleh YDPA yang diikuti dengan satu
pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli baru.

 Seseorang itu hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat jika :
o Diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal.
o Muflis yang belum dibebaskan.
o Memegang jawatan bergaji dan berfaedah iaitu jawatan sepenuh masa dalam
perkhidmatan awam.
o Tidak menghadiri persidangan selama 6 kali berturut-turut tanpa keizinan Dewan
Rakyat.
o Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang
ditetapkan setelah mengambil bahagian dalam pilihanraya.
o Disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh mahkamah dalam persekutuan dan
dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang
daripada 2 ribu ringgit dan tidak mendapat pengampunan.
o Mendapat kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat pengakuan taat
setia kepada negara asing itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.