Dewan Negara


 Dewan Negara adalah dewan yang tertinggi dalam badan perundangan Malaysia.

 Ditubuhkan untuk membahaskan rang undang-undang dengan lebih teliti berbanding Dewan
Rakyat.

 Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli yang dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan
utama:

o Ahli yang dipilih oleh DUN dan bilangannya ialah 2 orang bagi setiap negeri.
o 2 orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewaklii Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 orang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
o Ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong - 40 orang

 Seorang ahli Dewan Negara tidak boleh mewakili dua buah negeri pada masa yang sama dan
tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara melalui proses pelantikan dan mewakili negeri
secara serentak.

 Keahlian yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong adalah daripada mereka yang memberi
sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, pekerjaan, perniagaan, perusahaan,
kebajikan dan seni.

 Senator adalah panggilan bagi seorang ahli Dewan Negara.

 Tempoh jawatan bagi setiap ahli adalah 3 tahun dan jawatan tersebut tidak terhenti jika
berlaku pembubaran Parlimen.

 Ahli yang dipilih atau dilantik bagi menggantikan ahli yang meletak jawatan, meninggal dunia
atau bercuti, tempoh jawatan adalah selama tempoh baki sahaja.

 Had minimum umur seorang ahli Dewan Negara - 30 tahun.

 Ahli boleh meletak jawatan dengan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Negara.

 Jika berlaku kekosongan jawatan, ia hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh
berlaku kekosongan tersebut.

 Dewan Negara tidak boleh menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan
Rakyat, tetapi berkuasa menangguhkan rang undang-undang yang diluluskan itu
dipersembahkan untuk mendapat perkenan YDPA.

 Rang undang-undang kewangan, tempoh masa yang boleh ditangguhkan oleh Dewan Negara
- 1 bulan dan rang undang-undang lain - 1 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.