Denda RM1000 jika lewat daftar kelahiran anak


Ini peringatan kepada bakal2 ibubapa diluar sana, lambat daftar kelahiran anak, anda perlu menjelaskan denda sebanyak RM1000.

KLUANG - Berkuatkuasa serta merta, kelewatan pasangan suami isteri untuk mendaftarkan kelahiran anak dalam tempoh 60 hari dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan dikenakan denda sehingga RM1,000.

Sebelum ini, JPN hanya mengenakan denda sebanyak RM50 bagi pasangan yang lewat mendaftarkan kelahiran anak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, peningkatan kadar denda itu bukan untuk mengutip hasil tetapi sebaliknya mahu menggalakkan ibu bapa mempercepatkan pendaftaran kelahiran anak mereka.

"Isu mendapatkan sijil kelahiran bukan isu yang dibahaskan dalam parlimen tetapi yang dibahaskan adalah kesan kegagalan ibu bapa daftarkan kelahiran.

"Pendaftaran kelahiran anak tidak boleh diambil mudah dan sambil lewa kerana akan menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak membesar khususnya bagi mendapatkan myKid.

"Kerajaan ambil keputusan bahawa semua kelahiran mesti didaftarkan dalam tempoh 60 hari sama ada anak sah taraf atau luar nikah, jika ibu bapa daftar lambar daripada tempoh berkenaan mereka akan dikenakan denda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta. 

"Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar ini selepas pindaan Akta 299 Kelahiran,  Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

"Ogos lalu,  kita hanya kuat-kuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang kepada ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah,  dekat sini,  hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPN Johor, Rokiah Hanum Ibrahim.

Nur Jazlan berkata, sehingga saat ini khususnya ibu bapa masih mematuhi syarat tempoh 60 hari bagi mendaftarkan kelahiran anak.

"Di kawasan Semenanjung ini, tiada sebab golongan ibu bapa untuk mendaftarkan lewat kelahiran anak kerana mempunyai kawasan komunikasi, jalan serta pejabat JPN yang dekat.

"Namun, ianya berlainan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai masalah dari segi jarak dan kedudukan yang jauh dari kawasan kediaman," katanya.

Sumber : Sinar Harian



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.