Bagaimana sepatutnya saya menukar minyak enjin

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Soalan : Saya baru membeli sebuah motosikal dan bergerak sejauh 10 km bolehkah saya menukar minyak enjin ketika 50km, 500km dan 1000km. Bukankah enjin motosikal baru mengeluarkan banyak habuk besi dan menyebabkan kehausan pada komponen enjin lain?

Jawapan: Sebenarnya penukaran minyak pelincir enjin buat kali pertama pada tahap perbatuan sebanyak 1000km sudah diamalkan hampir semua pengeluar kenderaan baik motosikal mahupun kereta. Penukaran lebih awal dengan rasional agar enjin lebih bersih boleh dianggap tidak perlu dan membazir.

Memang tidak dinafikan bahawa operasi awal enjin akan mengeluarkan banyak sisa geseran daripada permukaan komponen enjin yang masih lagi kasar.

Tetapi seperti mana kita menggunakan kertas pasir untuk melicinkan permukaan logam, sedikit bahan logam adalah baik dalam campuran minyak pelincir dalam peringkat awal untuk benar-benar menghaluskan permukaan enjin.

Harus juga diingat bahawa bahan logam yang ada dalam minyak pelincir adalah sangat halus saiznya kerana kebanyakkannya sudah ditapis oleh penapis minyak.

Apa yang lebih penting ialah mengelakkan bebanan berlebihan ketika enjin masih baru dan sebab itu juga disyorkan kelakuan yang perlahan bagi kenderaan baru selama tempoh awal berkenaan.

Namun begitu, ada juga yang mengamalkan cara pemanduan keras bagi memasakkan permukaan logam, iaitu dengan pemanduan laju bagi menaikkan haba logam enjin, namun ditimbal balik dengan penukaran minyak pelincir yang lebih awal iaitu pada tahap 500km dan juga 1000km, sebelum berbalik kepada amalan biasa setiap 5000km bagi minyak pelincir mineral atau 10000km bagi minyak pelincir sintetik.

Sumber : Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.