Apakah ilmu yang bermanfaat



ILMU YANG BERMANFAAT

Seorang lelaki bertanya kepada Imam Junaid al Baghdadi رضى الله عنه : " Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, " Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah سبحانه وتعالی dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu."

Beliau berkata lagi : " Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawadhuk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan."





Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.