Allah membalut hadiahNya

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


ALLAH MEMBALUT HADIAHNYA

Manusia jika ingin memberi hadiah,pasti akan membalutnya dengan pembungkus hadiah yang cantik, bereben dan sebagainya. Hadiah yang berharga tidak  akan diberi tanpa  berbalut.

Begitu juga Allah apabila ingin memberi hadiahNya. Allah juga membalut anugerah-Nya yakni dengan sesuatu yang dipanggil kepahitan, kesedihan  dan kegagalan.

Kadang-kadang Allah tidak memberi sesuatu yang diminta, namun Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada itu. Tetapi itu tidak ketara kerana Tuhan 'membalut' anugerahNya.

Namun yakinlah Allah akan beri itu lebih bernilai berbeza dengan apa yang kita inginkan. Inilah yang akan menyebabkan hati kita   menjadi tenang.

Ya, pembalut hadiah kita semestinya lebih murah daripada hadiah di dalamnya. Sama juga hadiah dan anugerah yang Allah ingin berikan.  Biasanya hadiah jauh lebih mahal dan bernilai jika dibandingkan dengan “pembalutnya”.

Justeru,  bersabarlah sebentar ketika membuka hadiah untuk mengetahui isi dalamnya seterusnya menikmati hadiah itu.

Begitulah, marilah bersabar sebentar menerima kepahitan dan kegagalan semata-mata untuk menikmati anugerah yang masih menjadi rahsia...tetapi pastilah lebih indah dan bernilai berbanding apa yang kita sangkakan.

Selamat membuka hadiah kurniaan Allah kepada kita pada hari ini, hari esok dan hari mendatang...

🌹Ibnu Hashim🌹

@NinjaBerkainPelikat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.