7 keadaan rumah yang digemari dihuni oleh jin


1. Rumah yang berpenghuni atau diistilahkan berhantu tersebut kebiasaannya mempunyai suasana yang muram dan suram. Rumah tersebut kebiasaannya kelihatan tiada nur atau hilang keceriaan dan serinya.

2. Seringkali gejala atau "simptom" yang terjadi kepada rumah ini ialah kedengaran bunyi-bunyi aneh pada waktu malam terutama selepas pukul 12 malam. Antara bunyi yang biasanya kedengaran adalah bunyi barang terjatuh berkali-kali, balingan batu, hilaian ketawa, orang menangis, bayi merengek, bunyi tapak kaki dan berbagai-bagai lagi bunyi yang menakutkan.

3. Rumah yang terdapat banyak kelawar yang bergatungan di bahagian atapnya. Kebiasaannya tahi kelawar memenuhi siling dan kawasan sekitar rumah. Ini mengundang jin suka kepada tempat kotor seperti tempat yang bernajis.

4. Selalunya rumah yang berpotensi mengalami masalah rumah berhantu adalah rumah yang diperbuat daripada kayu kaya bukit.

5. Rumah yang tidak dijaga rapi kebersihannya daripada sebarang kotoran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan najis haiwan seperti najis kelawar,  burung dan haiwan ternakan.

6. Rumah berhantu kebiasaanya adalah rumah yang mengandungi gambar benda hidup dan gambar yang tidak dibenarkan syarak, patung dan sebarang perhiasan yang tidak menggambarkan biah dan suasana Islam.

7. Berkaitan dengan penghuninya pula, selalunya penghuni rumah ini adalah terdiri daripada mereka yang kurang menghayati ajaran Islam seperti tidak menutup aurat dan tidak solat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.