Tiba-tiba hati menjadi sebak, adik-adik belajarlah jadi alim, tak perlu berebut nak lari bidang lain

HATI TERASA HIBA

" Adik - adik semua, jadilah Hafiz, jadilah ulamak, jadilah agamawan, jadilah ustaz, jadilah protaz, jadilah Orang Mengajar, jadilah Imam, jadilah pendakwah yang menyampaikan ilmu agama Allah, ajarilah masyarakat Al Quran. Ini bidang kita, bidang orang belajar agama, orang hafiz..." sedikit nasihat daripada ambo mengakhiri taklimat tentang Masjid Muhammadi Kota Bharu kepada  pelajar - pelajar Kolej Tafiz Sains (YIK) Kok Lanas, yang mengunjungi masjid ini sebelum Zohor hari ini.

" Tidak usah berebut dengan orang bidang lain. Bidang lain sudah ramai. Bidang lain tu lok ko demo lah. Jangan pula kita yang duduk di bidang ini, gi kona kok bidang lain. Kita belajar biar kita jadi alim  sungguh. Biar sampai jadi ulamak pakar rujuk, bukan pakar rocoh..." sambung ambo lagi.

Terasa sebak bila semua pelajar ini mengerumuni ambo untuk bersalam sebaik sahaja majlis selesai  bertasbih kaffarah. Ambo bayangkan inilah pelajar - pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran ,  Ittifaqiyah, Dato' Keramat, KL. Masya Allah. Hati terasa hiba.

Catatan Zohor
Rosli Che Soh
Masjid Muhammadi Kota Bharu
Sabtu, 16 September 2017


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.