Sekarang rasa macam rugi sambung belajar

Ada kawan aku ni ada ijazah tapi jadi pak guard, yang sorang lagi pun ada ijazah tapi jadi pembantu tadbir. Ada pula yang berdiploma jadi penghantar notis.

Gila! Apa nak jadi?

Kalau tahu lebih baik jangan belajar tinggi2, cukup lepas SPM jaja sana kemari mohon kerja.

Ada jawatan kosong swasta contohnya eksekutif, junior je pun... tapi majikan tanya pasal pengalaman, gila apa baru graduate kot.. pengalaman kejadahnya.

Bab rasis pun ada, ada iklan, kelebihan yang menguasai bahasa Mandarin diutamakan, senang cerita ini jawatan untuk bangsa Cina, Melayu India Kadazan sila mereput. Fuck!

Kroni tak payah cerita la, ini wajib.

Bila kerja kerajaan, nak mohon kekosongan jawatan pegawai gred 41, ada 2 kekosongan je pun...mohon beribu, datang temuduga beratus, yang dapat anak saudara bos. Fuck!

Kita ambil contoh skim PTD, beratus ribu mohon, ambil bidang pengajian yang ada kena mengena dengan skop kerja PTD, yang dapat akhirnya graduan sains sukan, pakar haiwan, zoologi, kulinari... apa kejadahnya?.

Nak kerja lari bidang? Fikir jugak, apa jadahnya daripada diploma sampai ijazah ambil bidang kejuruteraan, akhirnya terjun jadi ejen insuran? Baik tak payah bangun pagi pergi kuliah, pecah kepala jawab exam bertahun-tahun.

Bab gaji fikir sendiri. Setimpal? Duduk bandar mmg sakit, sewa rumah, utiliti, kenderaan, makan minum, duit gaji perabih macam tu je...

Kadang2 fikir lebih baik jangan masuk universiti, ini bukan zaman 80an,90an ada kelulusan sebelah kaki jadi pegawai..dulu la

Ada sorang nelayan ni pernah bagitau

Kalau semua nak jadi pandai (kononnya masuk u tu pandai) siapa pula nak jadi bodoh?

Kalau semua nak jadi pegawai, siapa pula nak jadi nelayan?

Fikir sendiri...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.