Budak Tabligh tak nak mengundi PRU14, aku basuh otak dia


Semalam aku lepak2 makan dengan seorang sahabat jemaah tabligh. Biasalah lepak dengan dia mesti cerita bab azam keluar 40 hari bagai. Aku just diam dan dengar. Aku lihat konsep keluar 40 hari, 3 hari hanyalah latihan untuk diri keluar korban atas jalan Allah tapi tak perlu kata yang tak keluar 40 hari tak mujahadah di jalan Allah, mungkin yang tak keluar dah mengeluarkan RM40,000 di jalan Allah.

Lagi satu, dia ni kuat sangat kagum dengan jemaah tabligh sampai duk perlekeh jemaah lain khususnya PAS. Hujahnya, PAS ceramah dengan nada keras sampai maki hamun dan marah tabligh sebab tak keluar mengundi.

Aku jawab satu2 hujahnya, kalau PAS ceramahnya keras maki hamun, siapa yang bagi ceramah tu? Aku pun tak berkenan dengan dia. Kalau guna pribahasa anjing menyalak bukit, yang tak habis sekolah takkan faham atau memang tak faham isu yang nak disampaikan. Bab nada keras, huhahuha bagai... itu PAS zaman Mat Sabu atau selepasnya?. Aku sendiri meluat dengar ceramah puak2 ni masa diaorang dalam PAS. Budak Tabligh tu terdiam

Budak tabligh hujah lagi, kononnya hanya jemaahnya sahaja dakwah cara nabi, pintu ke pintu, keluar dakwah 40 hari ..

Aku jawab, Jemaah Islam ni macam batu bata buat rumah saling menyokong, bukan bangga sendiri hentam yang lain. Aku tak kata PAS sempurna dan sama juga tabligh, apa isunya, kalau ada skop dakwah yang tak diberi penekanan oleh sesuatu jemaah, jemaah lain la yang pergi mengisinya. Selesai

Dia berhujah lagi, PAS ni punca orang Islam berpecah, isunya semua jemaah Islam matlamatnya sama kenapa tak boleh gabung?

Aku jawab, pecah tang mana? UMNO nakkan Islam, PAN nakkan Islam, PAS juga. Tetapi lihatlah pembawaan masing2, ini soal prinsip. Baik, kita ambil contoh, UMNO bersungguh nakkan GST tetapi PAS membantah alasannya tak syarie... bagaimana dengan seperti ini kita dapat bergabung?.Jika melihat wujudnya PAS menjadi berpecahnya umat, bagaimana pula PAN, dan lain-lain jemaah, beratus2 jemaah kenapa pula salah itu ditimpakan kepada PAS?. PAS sentiasa terbuka dengan UMNO dlm isu kepentingan ummah seperti isu Rohingya, mengapa ini tidak dilihat kita bersama.

Dia berhujah lagi, pilihanraya, demokrasi berparlimen tak syarie, ambil drp orang kafir dan dia tak nak keluar mengundi.

Aku balas hujahnya. Ya, setahu aku mmg tiada demokrasi berparlimen dan pilihanraya dlm Islam tetapi ulama berijtihad keperluan umat Islam untuk turut serta bagi mengelakkan kemudharatan yang lagi besar. Ok macam ni, 222 kerusi dewan rakyat yang ditandingini, jika tiada umat Islam yg ikut sama, makanya dewan rakyat akan dipenuhi 100 peratus bukan Islam dan malapetaka besar jika mereka memusuhi Islam. Jangan terkejut jika tiada orang Islam didalam dewan rakyat, akan wujud pelbagai undang-undang baru yang mungkin akan merugikan umat Islam sendiri. Keberadaan ahli parlimen Islam untuk menegakkan yang makruf, bersuara menentang kebatilan.. bayangkan jika ada usul di dewan rakyat mengharamkan semua gerakan Islam termasuk jemaah tabligh, siapa ingkar bakal binasa, bagaimana?

So jgn cakap banyak, pru14 undi calon yang kita yakin dpt membela Islam dan hak rakyat semuanya.

Budak tabligh tu diam, sama dia faham atau tak ak tak tahu... ak menyampaikan apa yang aku faham - kriss merah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.