Baru memiliki kereta sendiri, perkara basic ni korang patut tahu

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


*Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.*

1. Minyak hitam – Mengikut paras had dan jenis minyak

2. Oil filter – Tukar semasa menukar minyak hitam

3. Spark plug – Tukar setiap 30,000 kilometer

4. Bateri – Tambah air setiap kali servis

5. Belting – Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah

6. Clutch plate – Mengikut keadaan

7. Fuel filter – Tukar setiap 30,000 kilometer

8. Air filter – Tukar setiap 30,000 kilometer

9. Gear oil – Tukar setiap 20,000 kilometer

10. Brake fluid – Mengikut keadaan

11. Brake pad – Mengikut keadaan

12. Power steering fluid

13. Radiotr coolant – Tukar setiap 40,000 kilometer

14. Wiper – Tukar setiap 30,000 kilometer

15. Air conditioner – Servis filter dan suis dibuka 1/2

16. Tyre – Pam pada setiap bulan

17. Radio – Memastikan ditutup pada setiap enjin dimatikan

18. Radiator – Pastikan dibersih menggunakan air paip

19. Fan radiator + aircond – Pastikan kipas hidup bila temp 1/2

20. Lamp bulb – Periksa lampu setiap hujung minggu

21. Steering alignment – servis setiap 20,000 kilometer

22. Power window – Check setiap suis power window

23. Beli kereta mahal-mahal kalau membelok tak reti bagi signal, sila pergi meninggal

24. Angin spare tyre dan spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada

25. Kalau park kereta di tengah panas, pastikan lubang angin aircond itu menggunakan udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas

26. Untuk kereta-kereta injection, pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning sudah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu

27. Sentiasa rajin check fan belt dan pastikannya berada dalam keadaan baik

28. Untuk pengguna kereta auto, pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak

29. Jangan main tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam

30. Untuk enjin jenis yang guna kaburator, pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang menggunakan kaburator memang susah sikit nak hidupkan enjin. Nak senang hidupkan enjin, pump padel minyak sekali sahaja sebelum hidupkan enjin. Kebaikannya, starter motor tahan lama.

31. Enjin yang susah hiduplah punca starter cepat rosak

32. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk bengkel untuk servis, minta tolong abang-abang pomen periksa kereta anda dari A to Z agar anda mudah tahu kalau ada masalah lain yang timbul atau perlu ditukar.

33.Pastikan plat nombor kenderaan di beli setiap hari rabu .sabtu. ahad dan kadang2 selasa pun ada draw.kalau bole kasih pau rm5.

👆🏻👆🏻👆🏻plan2 baca. Good info tu pasal kereta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.