Azan bukan hanya dilaungkan bila masuk waktu solat sahaja, ini beberapa keadaan digalakkan azan


_*AZAN..*_

_Kes kebakaran pusat tahfiz baru2 ini pukul 5.15 pagi, ada sesetengah masyarakat tidak faham bab agama dan marah, mengapa hendak di laungkan AZAN banyak kali?? lebih baik pergi tolong mangsa kebakaran tu..._

_BERHENTILAH... berfikir secara negatif, banyak perkara di salah ertikan dari masyarakat dan amat menyedihkan sekali, dari golongan cendiakawan juga seperti mufti turut menghentam pusat2 tahfiz ini.. kerana azan, litar pintas, jeriji besi dan sebagainya menjadi bahan untuk kita mencerca, menulis di media sosial. Jadilah kita insan berfikiran secara positif semasa bercakap dan menulis. Kerana mulut.. badan binasa.. ini jawapan tentang AZAN._

_*BILA BOLEH AZAN??*_

_Azan adalah bacaan-bacaan khusus yang disuarakan untuk tujuan tertentu. Hukum melakukan azan adalah dibenarkan. Selama ini yang dikira harus melakukan azan adalah saat akan solat fardhu dan bayi yang baru lahir saja. Padahal ada banyak sekali tempat atau waktu yang diharuskan untuk melaungkan azan.._

_Dalam Kitab Hasyiyah Al-Bajury hal. 161, Haramain, disebutkan ada 10 tempat/waktu yang disunnahkan untuk melakukan azan._

_1. Sebelum Solat Fardhu._

_2. Pada Telinga Orang yang Sedang Gundah._

_3. Pada Telinga orang yang Sedang Marah._

_4. Pada Telinga orang yang Mempunyai Sifat Tercela._

_5. Ketika Terjadi Kebakaran._

_6. Pada Telinga Orang yang Masru’ (Kerasukan)_

_7. Pada Telinga Bayi Baru Lahir._

_8. Saat Melakukan Perjalanan (musafir) termasuk perjalanan untuk pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci._

_9. Saat Perang Sedang Berkecamuk._

_10. Saat Syaitan atau Jin Jahat Berubah menjadi wujud._

_Ada Ulama menambah boleh juga azan ketika bencana seperti angin kencang, ribut yang ketara dan taufan, angin puting beliung, juga mencari orang yang hilang dihutan/kolam air, dan sebagainya._

_Semoga ALLAH merahmati kita semua. Aamin.._

_Malaysia Menuju Negara Rahmah_



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.