15 jenis sihir yang wujud di alam Melayu




1) Sihir Menyetubuhi Perempuan
Mendatangkan roh kepada perempuan yang sedang tidur bertujuan menjimakkannya.

2) Sihir Berahi
Sihir yang membangkitkan keinginan syahwat seseorang mangsa meluap-luap ketahap yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.

3) Sihir Salwah
Perasaan cinta dan sayang seseorang yang terlalu tinggi kepada seseorang.

4) Sihir Bunga dan Bau-bauan
Sihir menggunakan bunga-bungaan asli yang dipetik dari pokok-pokok tertentu pada waktu-waktu tertentu.

5) Sihir Mengambang
Sihir ini dipanggil juga pelilau oleh sesetengah masyarakat kita. Mangsa sihir ini akan mmengalami kesulitan untuk berkahwin. Mungkin proses pertunangan telah berlangsung beberapa kali tetapi gagal sampai ke jinjang pelamin perkahwinan disebabkan oleh sesuatu yang remeh-temeh.

6) Sihir Seri
Dilakukan kepada mangsa bertujuan untuk menghilangkan seri wajahnya, sebahagian sihir ini termasuk dalam sihir mengambang. Sihir seri juga digunakan oleh pengamal bertujuan untuk menarik orang ramai kepada wajahnya.

7) Sihir Pengantin
Sihir yang dilakukan kepada pengantin pada hari perkahwinannya bertujuan untuk memalukannya atau keluarganya.

8) Sihir Kunci Selera
Sihir ini akan menjadikan mangsanya mengalami masalah dalam melakukan hubungan kelamin suami isteri dan menimbulkan pelbagai masalah-masalah rumah tangga yang berpanjangan.

9) Sihir Santau Makanan
Makanan yang dihantar kepadanya bahan-bahan yang berbisa dan beracun melalui perantaraan sihir bertujuan membinasakan orang yang memakannya.

10) Pukau
Mengikut fikiran dan sedar seseorang supaya mangsa tersebut mematuhi arahan penyihir tanpa membantah apa-apa pun. Sihir ini bertujuan mendapat sesuatu barang yang dimiliki mangsa tanpa kekerasan tetapi bukan juga dengan keredhaan mangsa tersebut.

11) Sihir Menyempit Kemaluan
Sihir yang diamalkan untuk menaikkan kenikmatan bersetubuh

12) Sihir Pengikat Sanggul
Sihir yang digunakan bertujuan kecantikan dan pemikat.

13) Sihir Gambar
Sihir ini menggunakan gambar orang yang ingin disihir.

14) Sihir Seluar Dalam
Sihir ini menggunakan seluar dalam orang yang ingin disihir.

15) Sihir sisa badan
Sihir ini menggunakan sisa badan orang tersebut seerti kuku, rambut, najis dan sebagainya lagi. Sisa ini dipuja beberapa lama lalu diletakkan ke dalam makanan si mangsa. Tujuan sihir ini dibuat ialah supaya mangsa tersebut akan mengasihinya secara yang amat melampau.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.