Sijil Faraid dan akuan sumpah belum cukup digunakan turunhakmilik tanah pusaka


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


SIJIL FARAID ATAU SURAT AKUAN BERSUMPAH TIDAK MENCUKUPI UNTUK URUSAN DAFTAR TURUN MILIK HARTA PUSAKA KEPADA WARIS

1. Ramai orang ingat, apabila sudah dapat perintah atau sijil faraid daripada Mahkamah Syariah atau ada surat akuan persetujuan pembahagian harta pusaka secara sama rata, atau ada surat cara wasiat dan sebagainya, maka urusan turun milik nama si mati dalam geran kepada nama waris boleh terus didaftarkan di Pejabat Tanah.

2. Sebenarnya TIDAK. Pentadbir Tanah/ Pendaftar Hakmilik pejabat tanah tidak mempunyai bidang kuasa untuk TERUS MENDAFTARKAN turun milik kepada nama waris si mati walaupun waris-waris telah mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah.

3. Ini kerana Perintah/Sijil Faraid tersebut hanya sekadar mengesahkan bahagian waris masing masing terhadap harta pusaka tersebut mengikut hukum faraid sahaja bukannya satu perintah yang mengikat Pentadbir Tanah/ Pendaftar Hakmilik pejabat tanah.

4. Begitu juga, walaupun katakan semua waris setuju untuk membahagikan harta pusaka simati secara sama rata, persetujuan tersebut tidak mencukupi untuk membolehkan pejabat tanah terus mendaftarkan turun milik kepada nama waris-waris yang dipersetujui, walaupun mereka buat perjanjian bertulis di hadapan peguam atau buat surat akuan bersumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah, dan walaupun mereka mendapatkan perintah pengesahan daripada Mahkamah Syariah sekalipun.

4. Jadi, apa yang patut waris-waris lakukan adalah, setelah mereka mendapatkan perintah/sijil faraid tersebut daripada Mahkamah Syariah atau setelah mereka menandatangani sebarang surat cara persetujuan sesama mereka, mereka perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan PERINTAH PEMBAHAGIAN PUSAKA atau SURAT KUASA MENTADBIR daripada Pejabat Pusaka Kecil (untuk hartanah yang bernilai bawah RM2 Juta) atau daripada Mahkamah Tinggi (untuk hartanah yang bernilai atas RM2 Juta).

5. Hanya dengan PERINTAH PEMBAHAGIAN atau SURAT KUASA MENTADBIR SAHAJA, Pejabat Tanah boleh mendaftarkan turun milik kepada nama waris atau pentadbir harta pusaka si mati.

6. Perkara ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 346 (1)&(2) dan Seksyen 348 (1) Kanun Tanah Negara.

Harap maklum dan sila war-warkan supaya masyarakat faham tentang perkara ini.

(Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pekeliling yang di keluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, bil 7/2017 sebagaimana lampiran).

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan :

  1. Membeli sambil menginfak ke pusat tahfiz antaragapi serendah

    # jom sokong produk bumiputera
    # jom membeli sambil berinfaq

    Minyak masak lesong RM22.00 untuk 5kg

    Bihun tayba RM3.50 sebungkus @ RM10.00 untuk 3 bungkus

    Penghantaran area Antara Gapi, Rawang, Gombak, Kl dan kawasan berdekatan. Caj penghantaran RM10.00 akan dikenakan kerana *hasil jualan produk2 ini akan disalurkan ke Madrasah Tarbiyatul Mustafa*

    t.me/madrasahtarbiyatulmustafa

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.