Rugilah siapa yang tidak dapat melihatku di hari kiamat

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


❤🌷Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan:

"Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh.

Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu,

tiba-tiba Nabi SAW datang kepadaku dari pintu bilik.

Baginda mengangkat lampu dan wajahnya.

Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya,

sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda...

sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar.

Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata:

“Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu.”

Nabi SAW berkata:

“Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.”

Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab:

“Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.”

Aku (Aisyah) bertanya lagi:

“Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab:

“Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak berselawat ke atasku”.

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد...💚💚💚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.