Kopi jika minum terlalu panas boleh menyebabkan kanser

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


KOPI BOLEH MENYEBABKAN KANSER?

Kopi secara peribadinya tidak menyebabkan kanser. Ia hanya boleh menyebabkan kanser jika diminum terlalu panas. Begitu juga dengan minuman lain. Boleh menyebabkan kanser jika diminum terlalu panas.

Jadi kanser hanya disebabkan cara penyediaannya. Bukan biji kopi itu sendiri.

Malah kopi dikatakan dapat mencegah kanser.

Pada 2015, World Cancer Research Fund (WCRF) – pertubuhan bukan kerajaan yang menggalakkan penyelidikan tentang kanser memberitahu, kesimpulan dari  6 kajian besar (a meta-analysis), didapati bahawa risiko mendapat kanser hati ( liver cancer) lebih rendah di kalangan peminum kopi.

Pada 2013, satu lagi kaji meta-analisis menunjukkan wanita yang minum kopi sehari secawan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser rahem.

Bagaimana kopi menjadi minuman bermanfaat?.
Terdapat bukti saintifik bahawa bahan dalam biji kopi yang meningkatkan keupayaan insulin bertindak lebih baik, dan bertindak sebagai anti-keradangan. Ia membantu mengelakkan keradangan yang kronik dalam tubuh yang mungkin menjadi punca yang menyebabkan kanser.

Dalam kajian lain, saintis percaya kopi dapat menghalang kerosakan DNA, melambatkan pertumbuhan kanser dan mempercepatkan sel-sel abnormal agar segera mati sebelum bertukar menjadi kanser.

Terima kasih pada Puan Sarina Mohd Som kerana membangkitkan isu ini.

#HealthDrZubaidi

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1550016408351762&id=185816391438444

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.