Hukum bertunang : Sembunyi atau hebahkan?


Hukum sembunyikan pertunangan

Sebahagian ulama melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Rasulullah bersabda: "Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan
pertunangan." (Riwayat Imam al-Dailami)



Disebabkan itu, sebahagian ulama mazhab Maliki berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Al-Kharasyi dalam Syarh Mukhtasar al-Khalil menyebutkan:

"Al-khitbah (pertunangan) digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-khitan kerana takut akan hasad yang boleh merosakkan hubungan antara orang yang bertunang dengan tunangnya"

Adapun sebahagian pendapat lain menyatakan bahawa dibolehkan untuk mengiklankan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang kerana tiada nas yang sahih mengenai larangan berbuat demikian.

Syeikh 'Atiyyah al-Saqr; mantan Ketua Lajnah al-Ifta' al-Azhar dalam satu soal jawab agama yang dikendalikan juga berpendapat bahawa tidak mengapa untuk menghebahkan pertunangan. Mneurut beliau, tiada nas yang sahih berkaitan larangan tersebut.
Jika sahih sekalipun, yang dimaksudkan adalah larangan untuk berlebih-lebihan dalam menghebahkan pertunangan.

Kami lebih cenderung untuk mengatakan bhawa pertunangan perlu dihebahkan bagi mengelakkan berlaku pingan atas pingan sepertimana yang dilarang dalam Islam.

Rasulullah bersabda: "Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan jangan meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan." (Riwayat Muslim)

Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunangannya. Namun janganlah berlebih-lebihan seolah-olah berlangsungnya majlis perkahwinan. Hal ini kerana pertunangan adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja dibatalkan.

Bersederhana dalam pertunangan adalah lebih dituntut bahkan dibolehkan juga sekiranya merahsiakan pertunangannya untuk mengelak daripada berlaku hasad dengki dan sebagainya selagi tidak menimbulkan fitnah.

Sumber: al-Ustaz no.64 (Dari Meja Mufti)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.