Cara mohon utiliti elektrik setelah membeli rumah


Bagi anda yang telah membeli kediaman, pemasangan elektrik menjadi perkara penting. Berikut adalah maklumat yang perlu anda ketahui sebelum berurusan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).



Beli rumah dari pemaju

Biasanya pemaju akan menghantar laporan lakaran pendawaian kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi anda boleh berurusan dengan TNB terdekat dan minta borang permohonan pemasangan meter. Anda juga perlu sediakan dokumen seperti berikut;

  • Perjanjian jual beli rumah (S&P)-1 salinan lengkap
  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan & belakang) serta nama waris dan nombor telefon untuk dihubungi.
  • Deposit pemasangan meter (Harga bergantung kepada negeri)
  • Setem hasil RM 10.00

Beli rumah subsale

Jika anda membuat permohonan dalam tempoh 12 bulan atau kurang dari tarikh pemilik rumah asal tamatkan akaun meternya,  anda tidak perlu lantik kontraktor untuk pemasangan meter. Namun sekiranya akaun meter lebih dari 12 bulan, anda perlu melantik kontraktor untuk menguruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor, anda hanya perlu bayar dan sediakan dokumen yang diperlukan;
  • Perjanjian jual beli rumah (S&P) - 1 salinan lengkap
  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan & belakang) serta nama waris dan nombor telefon untuk dihubungi
  • Deposit pemasangan meter (Harga bergantung kepada negeri)
  • Setem hasil - RM10
  • Caj Proses Pertukaran Pelanggan RM3
  • Kes melebihi 1 Tahun - Tambahan RM120 (fi kontraktor tidak termasuk caj-caj lain)
(Selepas penghantaran borang, urusan pemasangan meter elektrik akan dilakukan dalam tempoh seminggu.)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.