5 kesilapan membeli rumah

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Membeli rumah bukanlah seperti membeli pakaian kerana anda harus mengambil kira beberapa perkara agar tidak menyesal di kemudian hari. Sementelah lagi harga rumah mencecah sehingga beratus ribu. Oleh itu, hindari kesilapan dalam membeli rumah. Berikut adalah panduan berguna untuk anda.



1. Tiada perancangan

Jangan membeli rumah hanya kerana "mahu ada rumah". Anda perlu putuskan jenis hartanah yang ingin dibeli, berapa kos dan lokasi yang sesuai. Lakukan pencarian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

2. Terlalu tergesa-gesa

Ambil masa untuk mencari rumah yang anda ingin. Pastikan anda mengenal pasti jenis hartanah yang ingin dibeli. Ketahui lokasinya terlebih dahulu, apakah ia selamat dari kawasan banjir, jenayah dan sebagainya.

3. Terlalu mudah percaya

Inilah yang berlaku pada kebanyakan mereka yang terpedaya dengan tawaran rumah murah. Realitinya, harga rumah terlalu tinggi hinga mencecah ratusan ribu dan sekiranya ditawarkan dengan harga jauh lebih rendah, anda perlu ada perasaan ragu. Sebaiknya siasat terlebih dahulu latar belakang pemaju dan lokasinya.

4. Tidak membuat perkiraan

Ada yang sanggup membeli rumah yang jauh kerana mahu memiliki rumah idaman selain harganya lebih murah dari bandar. Bagaimanapun, mereka tidak mengambil kira kos perjalanan serta urusan harian yang perlu ditanggung sehingga membebankan kehidupan. Malah juga rugi masa kerana banyak tertumpu pada tempoh perjalanan semata-mata.

5. Tidak ukur kemampuan

Ramai yang bercita-cita untuk memiliki rumah idaman yang tertumpu kepada rumah atas tanah seperti Semi D dan Teres dua tingkat. Untuk mencapai impian itu, ada yang sanggup mengetepikan tahap kemampuan diri sehingga dibebani kos sara hidup yang tinggi. Sebaiknya belilah rumah mengikut kemampuan anda dan elakkan terjerat dengan masalah kewangan yang serius di kemudian hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.