Turki kini tersenarai negara pengeluar kapal perang, miliki armada laut terkuat

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


ISTANBUL - TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, negara itu bertekad untuk membangunkan sendiri keupayaan pertahanan mereka dan menegaskan kerajaannya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk menghalang inisiatif ketenteraannya, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

"Turki akan membina kapal pengangkut pesawat kami sendiri," katanya ketika melancarkan kapal perang Kinaliada Corvette di pelabuhan tentera Istanbul, Isnin.



Kapal perang buatan tempatan itu dibina tentera Turki menerusi projek MILGEM.


"Sebagai sebuah negara yang berhasrat untuk melihat sektor pertahanan tidak lagi bergantung kepada pihak lain menjelang 2023, Turki mesti bergerak lebih cepat," katanya.

Menurut Erdogan, negara itu berbangga dengan keupayaan membina sendiri kapal-kapal untuk tujuan ketenteraan, termasuk membina kapal selam, dan menjelaskan Turki tersenarai dalam 10 negara di dunia yang berupaya mereka bentuk dan membina sendiri kapal tentera.

Katanya pada masa ini terdapat 14 projek pembinaan kapal tentera laut dirancang dilaksanakan dalam masa terdekat, manakala 10 lagi projek dirancang untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurut beliau, kerajaan memberi tumpuan kepada angkatan laut bagi menangani ancaman yang dilihat semakin meningkat di rantau itu.
Erdogan merasmikan salah satu kapal perang buatan Turki

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Turki mnencatat US$5 bilion dalam pengeluaran dan US$1.6 bilion dalam eksport pada tahun 2016.

“Ia angka yang penting tetapi masih jauh di bawah sasaran yang ditetapkan," katanya ketika mengulas mengenai matlamat industri pertahanan Turki. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.