Tips beli rumah menggunakan ejen


PROSEDUR MEMBELI RUMAH DARI AGEN.....

Assalamualaikum...ada beberapa orang sahabat saya bertanyakan kepada saya mengenai pembelian rumah..mungkin ada yang risaukan mengenai penipuan dan sebagainya..yalah..saya faham..bagi individu yang membeli rumah..terutamanya rumah pertama, pasti khuatir..risau dan takut..maklumlah..jumlah yang dilaburkan bukan sedikit..jadi di sini..biar saya terangkan secara ringkas mengenai pembelian rumah ini.

pada hari ini saya akan terangkan mengenai pembelian rumah secara subsale (maksudnya beli rumah dari orang..bukan dari developer). saya akan fokuskan mengenai pembelian menggunakan agen ya..
prosedur-prosedur>

1. sekiranya anda membeli rumah menggunakan agen..yang pertama anda perlu melawat dahulu rumah yang ingin anda beli tersebut. sekiranya agen tersebut dikenali melalui mudah(laman iklan online), aturkan waktu yang sesuai untuk memeriksa rumah tersebut. Pastikan rumah tersebut berkeadaan baik..tiada kebocoran dan kerosakan-kerosakan lain. sekiranya ada kerosakan, dapatkan penjelasan dari agen tersebut samada adakah penjual akan memperbaiki kerosakan rumah tersebut
.
2. Setelah memeriksa rumah dan anda masih berminat dengan rumah tersebut, agen akan meminta anda untuk membayar 3 % deposit dari harga rumah tersebut sebagai earnest deposit. pada waktu ini, anda akan menandatangani satu dokumen yang dipanggil surat tawaran membeli. di dalam surat ini kebiasaannya akan dinyatakan bahawa pembeli dan penjual perlu untuk memasuki perjanjian jual beli dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran membeli tersebut ditandatangani. jika tidak wang earnest deposit anda akan dirampas. Pada peringkat ini, anda perlu bertegas dengan agen untuk juga memasukkan syarat bahawa wang earnest deposit anda perlu dikembalikan jika loan anda tidak lulus. perlu diingat bahawa anda boleh menggunakan "surat Tawaran Membeli" ini untuk memohon pinjaman. jadi pinjaman biasanya hanya akan dipohon setelah wang 3% ini dibayar dan surat tawaran membeli ini ditandatangani. pastikan anda pinta kepada agen tersebut untuk memasukkan syarat tambahan yang saya nyatakan itu, jika tidak..anda berisiko untuk kehilangan wang earnest deposit 3% tersebut sekiranya secara tiba-tiba pinjaman yang anda pohon tidak lulus. Kebiasaannya agen akan membantu anda untuk memohon pinjaman dari bank kerana agen tersebut akan mendapat sedikit komisen dari situ..anda sebenarnya boleh untuk memohon sendiri pinjaman dari bank.jangan tertipu dengan agen bahawa hanya mereka yang boleh menguruskan pinjaman anda. saya ada ramai kawan rapat yang bekerja sebagai pegawai bank termasuk MAYBANK,AFFIN,CIMB DLL untuk pinjaman perumahan.anda boleh berhubung dengan saya sekiranya ingin saya membantu untuk memohon loan. saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran terhadap anda (Tolong orang kan dapat pahala..untung-untung..nanti pembeli akan lantik saya pula untuk jadi peguam bagi penyediaan S&P..hehehe..owh bagi yang tak tahu..saya sendiri adalah seorang peguambela & Peguamcara yang beramal di Kuala Lumpur). jadi Bolehla kita keluar minum-minum kat area wangsamaju@ taman Melati bila tuan-tuan free..waktu malam pun takpe kalau saya ada kelapangan (untuk area KL, Negeri Sembilan dan Selangor je la..kalau jauh..xdapek Den nak nolong...maklumlah..tolong free je kan..hehehe)

3. Setelah pinjaman anda telah diluluskan, anda perlu melantik peguam untuk menyediakan Perjanjian Jual Beli (S&P). Pada peringkat ini, sekali lagi agen akan mengesyorkan anda untuk melantik peguam yang mereka sukai. pelbagai alasan akan diberikan..mudah untuk berkomunikasilah...saya dah biasa dengan mereka lah..dll...hehe..kebiasaannya agen tersebut akan mendapat sedikit komisen sekiranya memperkenalkan anda dengan peguam tersebut. ingin saya ingatkan bahawa anda sebenarnya ada hak untuk memilih peguam anda sendiri. daripada bagi komisen kepada agen..lebih baik anda cari sendiri peguam anda kan..cakap je dengan agen tu "saya dah ada peguam sendiri..untuk peguam saya akan uruskan sendiri" dalam hal ini anda perlu bertegas sebab kalau tidak..agen akan memujuk anda sekeras-kerasnya untuk pergi kepada peguam mereka.maklumlah..dapat komisen.kadang-kadang peguam yang dilantik oleh agen ni..kenal dengan agen tu sendiri,,jadi kepentingan tuan-tuan agak susah untuk dijaga..jadi sebenarnya lebih baik kalau tuan-tuan cari peguam sendiri sebab peguam tersebut akan berkecuali dalam menjaga kepentingan anda sekiranya berlaku sesuatu penipuan dalam urusan tersebut.Ingin saya ingatkan bahawa..yuran guaman bagi pembelian rumah ini adalah sama bagi setiap peguam kerana skala bagi yuran guaman ini dikawal oleh Majlis Peguam. Maknanya peguam tersebut tak boleh caj mahal @ murah dari skala yang ditetapkan..kalau dorang caj mahal @dari sepatutnya..tuan-tuan boleh laporkan kepada Majlis Peguam. jadi pada peringkat ini sebenarnya sekali lagi tuan-tuan boleh hubungi saya dan sekiranya berminat boleh melantik saya untuk menjadi peguam tuan-tuan. boleh hubungi saya juga untuk dapatkan quotation harga.Insyaallah saya akan berikan harga yang berpatutan untuk anda.tapi kenala sediakan beberapa maklumat yang diperlukan seperti:

1) alamat hartanah yang ingin dibeli
2) harga jualan
3) jika ada salinan geran..boleh juga kemukakan kepada saya.

daripada situ saya boleh membuat anggaran kasar mengenai kos guaman yang akan terlibat. kalau nak senang..kita boleh aturkan satu appoinment untuk berjumpa..nak datang ofis saya pun boleh..tapi kalau ada masalah dengan masa..kita boleh aturkan appointment di luar (mamak..kedai makan dll) di luar waktu pejabat. saya selalu berjumpa dengan anakguam saya di kawasan Wangsa maju & Taman Melati pada waktu malam..kadang-kadang hari cuti. maklumlah..anakguam bekerja..susah dapat cuti..jadi jalan terbaik adalah jumpa di luar waktu pejabat sambil ngeteh..saya lagi suka camnie sebab lebih santai..hehehe..Tu kalau belum dilantikla..kalau dah confirm dilantik untuk uruskan penyediaan S&P nie..saya xde masalah untuk pergi berjumpa anda di tempat anda dan kita boleh berurusan di luar waktu pejabat di mana-mana sahaja. saya akan berjumpa tuan-tuan di tempat tuan-tuan sekiranya tuan-tuan memang tak sudi berkunjung ke pejabat buruk saya,.( dengan syarat kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sahaja ye) sebab kan dah dapat yuran guaman...kalau xde yuran guaman dan sekadar nak jumpa sembang-sembang..kita jumpa di kawasan Wangsamaju @ Taman Melati sahajalah:).

4. ok..sambung balik..setelah S&P telah siap disediakan oleh peguam yang dilantik, penjual dan pembeli akan menandatangani S&P ini. pada waktu ini, anda sebagai pembeli perlu untuk membayar baki 7% sebagai baki deposit kepada penjual..maka selesailah kerja anda..setelah itu semua kerja akan dilakukan oleh peguam anda..anda hanya tunggu masa untuk menerima kunci rumah..masa yang diambil pula akan bergantung kepada rumah yang dibeli..kalau rumah tu leasehold..kos rendah dll biasanya akan mengambil masa yang lebih lama sebab perlu dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa dll untuk jual rumah tersebut. namun anda xperlu risau sebab kesemua urusan ini akan dikendalikan oleh peguam yang dilantik.

5. setelah selesai kesemuanya..peguam akan menyerahkan baki wang jualan lagi 90% kepada penjual dan dalam masa yang sama, penjual perlu menyerahkan kunci kepada peguam. setelah itu,,kunci pula akan diserahkan kepada pembeli dan maka dengan ini,,secara rasminya anda telah pun memiliki sebuah rumah..tahniah:)..

Mmudah kan? jadi begitulah serba sedikit mengenai prosedur untuk membeli rumah dari agen..tapi pastikan anda ikut nasihat-nasihat yang telah saya berikan di atas.walaupun nampak mudah, namun anda perlu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang penipuan..dapatkan nasihat undang-undang jika ada sebarang keraguan..kalau xpasti..contact saya dan tanya..insyaallah kalau ada kelapangan saya akan membantu..kalau telefon xberjawab..boleh tinggalkan sms..saya boleh dihubungi di

email: panduanbelirumah@gmail.com
telefon: 018-2345277 (Rizuan)
terima kasih..semoga Allah mempermudahkan urusan tuan-tuan membeli rumah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.