Tak pasal-pasal dia "terpengsan" lepas pecahkan gelang jed ratusan ribu ringiit


YUNNAN - CHINA. Seorang pelancong pengsan selepas dia secara sengaja mematahkan gelang jed bernilai 300,000 yuan (RM 189,656) di sebuah kedai di sini, lapor Chinanews.com

Wanita yang identitinya tidak didedahkan pada mulanya mencuba gelang berkenaan di sebuah kedai di bandar Ruili, namun ketika dia menanggalkannya, gelang berkenan terjatuh ke lantai dan patah.

Selepas mengetahui kos gelang berkenaan, wanita itu panik dan menghubungi rakannya.




Wanita itu turut mengadu kepada pembantu kedai dia berasa pening dan ketika orang ramai cuba menenangkannya, bibirnya pucat dan berpeluh sebelum tidak sedarkan diri.

"Wanita itu pengsan kerana terkejut dan berada dalam keadaan baik selepas menerima rawatan kecemasan di hospital,' kata pemilik kedai Lin Wei.

Pemilik kedai bagaimanapun tidak melaporkan insiden itu kepada polis dan berkata mereka akan berunding pampasan berpatutan mengikut situasi kewangan wanita itu.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, batu jed dikatakan mewakili kesucian dan boleh menangkis kejahatan serta memberikan pemiliknya panjang umur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.