Suami aku gila termakan nasi kangkang pekerja asing


Kehidupan saya bersama suami tidaklah senang tetapi kami bahagia. Walaupun suami hanya bekerja sebagai operator sebuah kilang dan pendapatannya hanya mencukupi untuk kami anak beranak tetapi kehidupan kami indah.

Dengan gaji yang tidak seberapa itu kami dapat membesarkan kedua orang anak . Saya dan suami amat bahagia. Kami tidak ada masalah kerana suami seorang yang baik hati.

Selain dibelanjakan untuk keperluan rumah dia juga memberikan wang saku setiap bulan untuk saya. Sebagai isteri saya tahu suami saya bukanlah orang senang, dia tidak belajar tinggi dan gajinya tidak besar.

Bagi saya kebahagiaan bukanlah semata-semata terletak pada gaji besar, kemewahan melimpah ruah dan mempunyai banyak wang.

Namun sejak akhir-akhir ini perangai suami saya berubah, kalau dulu dia tidak pernah memarahi saya tetapi sekarang ada sahaja yang tidak kena. Saya merasa aneh, kemudian wangnya sentiasa tidak cukup.

Dia juga sering termenung, apabila ditanya dia akan melenting yang mencetuskan pergaduhan. Saya merasa sangat pelik tetapi tidak tahu apakah puncanya.

Mula-mula dia mengurangkan pemberian wang dapur, kemudian dia tidak pernah lagi memberikan wang saku kepada saya. Kalau dulu dia sering makan tengah hari di rumah kini tidak pernah lagi. Suami saya juga macam orang bodoh, kadang-kadang bercakap sendiri dan ketawa seorang diri. Saya selidiki sendiri melalui pelbagai sumber rupa-rupanya suami saya ada hubungan dengan seorang pekerja asing.

Di kilang tempat dia bekerja memang ramai pekerja asing dari pelbagai negara tetapi yang ramai ialah dari Indonesia. Saya pernah melihat pekerja asing ini di bandar, mereka cantik-cantik, muda dan pandai bergaya.

Rupa-rupanya suami saya ada hubungan sulit dengan seorang pekerja berasal dari Madura, Indonesia. Saya tanya dia baik-baik, dia mengaku dan katanya dia tidak dapat melupakan gadis itu.

Dia sering makan di rumah gadis tersebut dan sebahagian dari pendapatannya diberikan kepada gadis tersebut. Saya naik hantu tetapi suami saya dah dah seperti orang gila, apapun saya buat tidak memberikan apa-apa kesan.

Yang dia tahu hanya gadis itu, apabila gadis tersebut menghubunginya dia macam orang gila kelam kabut terus menemuinya. Keadaan begini menyebabkan saya bertekad hendak meminta cerai.

Sebelum saya membawa kes ini ke mahkamah saya menemui seorang ustaz, saya menceritakan senario keadaan saya dan suami.

"Cuba bawa suami ke sini biar saya tengok apa sebenarnya yang berlaku", kata ustaz itu.

Saya mengajak suami saya menemui ustaz itu. Dia mahu, kami pun pergilah menemui ustaz tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.




Ustaz itu tidak banyak bertanya hal-hal peribadi, dia hanya menyuruh suami saya minum segelas air zam-zam. Suami saya tidak membantah. Dia meneguknya sehingga habis dengan satu nafas sahaja.

"Berehat dulu kalau ada rasa nak muntah, ini baldi, muntahkan ke dalam baldi ini" pesan ustaz itu kepada suami saya.

Suami saya duduk bersandar, matanya merenung siling pusat rawatan ustaz berkenaan. Tidak sampai lima minit, dia menekan perutnya dengan tangan.

"Nak muntah" bisiknya kepada saya.

Saya mendekatkan baldi yang beralaskan karung plastik berwarna putih. Suami saya menundukkan kepalanya, kemudian dia muntah. Suami saya menundukkan kepalanya, kemudian dia muntah.

"uweek! uweek!" Dia memuntahkannya ke dalam baldi tersebut. Banyak nasi yang keluar tetapi semuanya berwarna hitam macam terbakar. Saya agak agak sekurang-kurangnya dua pinggan nasi dimuntahkan.

Selain nasi, ada juga rambut, objek macam ulat dan kotoran lain. Setelah selesai muntah sutaz itu memberikan air zam-zam sekali lagi.

Wajah suami saya pucat lesi, dia kelihatan lemah dan hanya bersandar pada pinding. di dahinya terdapat anak-anak peluh.

"Berapa kali tuan makan nasi di rumah budak Madura itu?" Tanya ustaz  itu jujur.

"Banyak kali, saya tak boleh lupakan dia ustaz. Saya sentiasa ternampak-nampak dia ustaz" akui suami saya terus terang.

Menurut ustaz itu suami saya termakan nasi kangkang. Makanan itu telah menjadi darah daging dan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Selepas dirawat keadaanya berubah sedikit tetapi dia tetap juga memberikan wang setiap bulan kepada gadis itu.

Kata ustaz itu, gadis Madura itu tidak mahu menjadikan suami saya suaminya, apa yang dia mahu ialah wang. Bodohkan dia dan ambil wangnya.

Sekarang apabila perempuan itu telefon dia macam orang gila mendapatkan perempuan. Pernah sekali dia menaiki motosikalnya tanpa memakai baju. Saya tetap mahukan suami saya kerana dia adalah bapa kepada dua orang anak dan saya akan terus merawatnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

2 comments :

Powered by Blogger.