Ramai lelaki terlupa semasa tangannya digoncang oleh tok Qadi

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Sebak mendengar kisah seorang wanita, selama 10 tahun berkahwin, tetapi suaminya tidak pernah mendengar & memeriksa bacaan al-Quran nya, memeriksa caranya mengambil wudhu' & mengerjakan solat mahupun mengadakan majlis ta'lim di rumah apatah lagi mengajaknya pergi ke majlis belajar agama di surau/masjid.

Sayang sekali apabila kebanyakan lelaki beranggapan itu semua tugas ayahnya selama mendidik anak perempuannya. Tetapi mereka terlupa apabila tangannya digoncang tok QADI waktu di 'akad nikah, dia telah menanggung tanggungjawab untuk mendidik isteri & bakal zuriatnya kelak tentang Allah, Nabi SAW & al-Quran dll semampunya. Itulah dia nafkah batin, yang banyak lelaki faham hanya tentang seks semata. Kerana dalam ketiga-tiga perkara inilah merangkumi segalanya tentang iman (Taqwa), syariah & akhlak.

Saya teringat semasa suatu majlis ilmu di masjid Putrajaya, Sahibus Samahah Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ketika itu bercerita tentang 1 kisah yang sangat menggetar jiwa.

Ada seorang lelaki mempunyai sepasang anak, seorang lelaki & seorang perempuan. Kedua-duanya masyaAllah bukan sahaja baik paras rupa bahkan juga akhlak. Semua orang suka memuji keelokan paras & akhlak anak-anak itu. Sehinggalah suatu hari ada yang bertanya apakah rahsianya.

Lelaki itu menjawab, perancangannya untuk melahirkan zuriat yang soleh bermula semenjak beliau masih bujang lagi. Dia bermujahadah menjaga dirinya dari melakukan maksiat seperti berdua-duan sebelum nikah, melihat perkara haram & menyebut hal-hal yang tidak baik. Apabila dia mencari isteri pun dia menggunakan cara yang baik tanpa memalitkan hatta sedikit pun maksiat kerana khuatir perbuatan mereka akan memberi kesan kepada zuriat yang bakal dilahirkan kelak. Subhaanallaah.

Seorang Ustaz selalu berpesan : "Suami merupakan pintu agama buat isteri. Manakala, ibu adalah pintu agama buat anak-anak. Madrasah utama seorang isteri ialah suaminya manakala madrasah utama anak-anak adalah ibunya. Isteri yang cukup kasih sayang akan mendidik anak-anak dengan kasih sayang."

Benarlah kata Ulama' :" Perkahwinan bukanlah niat utamanya cinta, tetapi untuk membina ummah."

MasyaAllah betapa mulianya perkahwinan dipandang dari sisi agama. Bahkan kata Ulama' :" Seorang lelaki yang baik & bertanggungjawab akan mencintai, mendidik & melayani sebaiknya seorang wanita yang telah menjadi isterinya walaupun dia tidak pernah kenal & mencintai wanita itu. Tiadalah Islam membenarkan lelaki untuk menganiaya isterinya semata-mata dia tidak cinta isterinya, sebagaimana yang ditunjukkan dalam drama tv atau novel hari ini."

Anak-anak muda yang bakal mendirikan rumah tangga, belajarlah tentang perkahwinan & cinta dari Rasulullah SAW. Jangan lah belajar melalui artis mahupun drama di televisyen yang berpegangan tangan & berpelukan, berating, naik kenderaan berdua-duaan, bercuti bersama, duduk serumah bersama, hatta ada yang melakukan perkara melampaui batasan agama.

Apabila kita jauh dari agama, jauh dari syariat Allah & sunnah Rasulullah SAW, begitu jugalah jauhnya kita dari rahmat, ketenangan & kebahagiaan sebenar.

Kita semua pendosa, jangan salahkan pasangan semata-mata tetapi pandanglah semua silap salah sendiri juga. Selagi masih bernafas belum terlewat untuk memperbaiki diri & rumahtangga kita.

Muhasabah saya yang menulis, yang mengimpikan berumahtangga sehingga ke syurga Firdaus insyaAllah amiin.

NOTA :
Diizinkan untuk share tulisan ini andainya bermanfaat, dengan menekan button 'share'. Semoga ia dikira sebagai ilmu yang bermanfaat buat semua.

Jazaakumullaahu Khoiran Kathiira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.