Fitnah harta antara ujian terbesar umat Islam


Fitnah harta antara fitnah ummat  ini :

عن كَعْبِ بنِ عِيَاضٍ ، رضي اللَّه عنه ، قال :

سمعتُ رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقول :

 إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فتنةً ،

فِتنَةُ أُمَّتي المَالُ »

 رواه الترمذي وقال : حديثٌ حسنٌ صحيحٌ.

Daripada Ka'ab bin Iyadh r. a.beliau berkata  :

Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

Sesungguhnya bagi setiap ummat terdapat  ujian (fitnah)

Adapun ujian ummat ku ialah harta benda ( wang ringgit).

HR at-tirmidzi dan katanya : Hadits ini hasan lagi sahih

Harta adalah Ujian kekentalan iman ummat ini

Harta adalah ujian untuk membuktikan cinta Allah atau cinta dunia.

Harta adalah ujian untuk membuktikan cinta perjuangan atau kesenangan.

Harta adalah ujian untuk membuktikan orang yang benar  benar ikhlas atau  bermuka muka .

Harta adalah ujian untuk membuktikan derjat dan kehampiran di sisi. Allah

Ramai yang tersungkur di hadapan ujian  ini.

Kita mohon perlindungan dengan Allah dari kejahatan hawa nafsu yang mempunyai minat yang mendalam dan kecintaan kepada harta benda

dan kita bermohon kepada Nya supaya kita sentiasa berada dalam kawalan Nya

Benar lah sabda Rasulullah saw :

لا الفقر اخشي عليكم ولكن اخشي عليكم أن تبسط عليكم الدنيا كما بسطت على من كان قبلكم

Tidak lah kefakiran lebih aku bimbangkan kepada kamu
akan tetapi lebih aku bimbangi bahawa di hamparkan  (diluaskan)  kepada kamu dunia seperti mana telah di hamparkan kepada ummat sebelum kamu .

Wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.