Bagaimana syaitan beroperasi didalam tubuh manusia

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Modus operandi syaitan dalam tubuh manusia

Dalam badan setiap manusia ada syaitan-syaitan yang berjalan mengikut aliran darah. Manusia yang beriman dan bergantung hajat kepada Allah senantiasa berada dalam keadaan sedar, dia yang mengawal dirinya dan berjaya menundukkan syaitan dalam  badannya. Firman Allah:

إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya dia (Syaitan) tidak memiliki kuasa keatas orang beriman dan yang bertawakal kepada tuhannya.

Adapun manusia yang tenggelam dalam tipu daya syaitan pula akan menjadikan syaitan didalam tubuhnya dominan lalu dia bercakap dan bergerak dengan aturan syaitan. Firman Allah:
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ
Dan sesungguhnya penguasaannya (Syaitan) adalah keatas orang yang menjadikannya sebagai pendamping dengan mensyirikkan (Allah) dengan syaitan

Dan syaitan amat bijak melakukan tipudaya. Apabila manusia mula mempercayakannya , dia akan membuatkan mereka saling bermusuhan, saling membenci dan berputus asa dari rahmat Allah. Sedangkan pada hakikatnya tipudaya syaitan ini amatlah kecil dan lemah.
إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Sesungguhnya tipudaya syaitan amat lemah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.