Adakah sah solat Zohor berimamkan solat Asar dan sebaliknya atau solat berimamkan imam yang solat sunat atau solat Qadha.


Soalan: Adakah sah solat Zohor berimamkan solat Asar dan sebaliknya atau solat berimamkan imam yang solat sunat atau solat Qadha.
Jawapan: Imam Syafi'i mengatakan harus mengikut imam yang solat apa-apa jenis solat sama ada fardhu, sunat, qadha atau tunai selagi solat tersebut sempurna rukuknya dan sujudnya.
Namun, tidak dibolehkan mengikuti imam yang solat jenazah atau solat gerhana kerana solat ini berbeza daripada solat sunat atau fardhu.
Solat jenazah tidak mempunyai rukuk dan sujud manakala solat gerhana mempunyai dua kali rukuk dan dua kali iktidal.
Wallahu a'lam
Ruj: Sheikh Atiyyah Muhammad Atiyyah Saqr, Ahsanul kalam fi fatawa al ahkam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.