Sejak dari itu Syed Qutb mula mengkaji perjuangan Hassan al Banna

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Suatu hari Syed Qutb dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat, sebaik saja tersedar, beliau melihat ramai penduduk Amerika dalam hospital itu sedang seronok berpesta.

“Di Mesir, seorang terroris Islam bernama Hassan al-Banna telah ditembak mati. Kami sangat gembira dan meraikannya dengan pesta ini!”

Syed Qutb mula berfikir jika orang-orang Amerika sangat gembira dengan kematian Hassan al-Banna sudah pasti lelaki itu adalah seorang yang luar biasa hebatnya. Mulalah Syed Qutb mengkaji gerangan Hassan al-Banna dan perjuangannya.

Sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk meninggalkan dunia sastera dan menumpukan hidupnya kepada pejuangan penulisan Islam dan menyertai Ikhwanul Muslimin pada Julai 1954.
Beliau berjaya melahirkan karya-karya agung yang masih dirujuk sehingga kini seperti Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk. Ini menjadikan Syed Qutb sebagai seorang sasterawan, ahli tafsir sekaligus pemikir dari Mesir.

Tidak lama kemudian, Syed Qutb ditahan oleh tentera Gamal Abdul Naseer lantaran penulisannya yang tajam dan keberaniannya mengkritik pimpinan Mesir ketika itu. Syed Qutb juga mengkritik perjanjian yang wujud antara pemerintahan Mesir dan negara-negara Inggeris.
Syed Qutb ditahan dan dipenjara dengan alasan merancang untuk menggulingkan pemerintahan ketika itu. Tiga bulan kemudian, hukuman yang lebih berat diterimanya, iaitu hukuman kerja berat selama 15 tahun, selain berpindah-pindah penjara. Manakala dua sahabat seperjuangannya telah dihukum mati.

Pada tahun 1964, Presiden Iraq Abdul Salam Arief yang melawat ke Mesir dan meminta kerajaan Mesir membebaskan Syed Qutb tanpa tuntutan. Ternyata kebebasan itu hanya sekejap kerana setahun kemudian beliau kembali ditahan tanpa alasan yang jelas.

Syed Qutb ditangkap bersama tiga orang saudaranya, Muhammad Qutb, Hamidah dan Aminah, termasuk 20,000 rakyat Mesir yang dituduh membuat gerakan mengguling dan membunuh Presiden Naseer.

Tanggal 13 Jamadil Awal 1386H bersamaan 29 Ogos 1966, hari Isnin dan waktu fajar, Syed Qutb dijatuhi hukuman gantung setelah dituduh bersalah oleh ‘Mahkamah Tentera’. Mahkamah dari kerajaan revolusi ini sememangnya telah mengorbankan banyak orang-orang yang tak berdosa.

Walaupun terdapat banyak bantahan agar membatalkan hukuman tersebut, seperti rayuan Raja Saudi ketika itu Raja Faisal Ibn Abdul Aziz, namun Mesir tetap teguh dengan keputusan mereka tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam yang akan memberi apa-apa sahaja yang dikehendaki Mesir sekiranya membebaskan Syed Qutb.

Sebelum beliau syahid, Syed Qutb sempat menulis coretan pendek yang kemudiaannya menjadi tajuk buku;

‘Mengapa saya dihukum mati’.

Dan pertanyaan yang tak pernah mampu dijawab oleh pemerintahan Mesir.

Sesungguhnya sesuatu cabaran hanya diturunkan kepada golongan yang mampu dan layak. Semoga perjuangan dan susah payah beliau diikuti dan dimanfaatkan oleh masyarakat Islam hari ini agar berbaloi dengan
pengorbanan beliau. Al-Fatihah untuk as-syahid.
# tazkirah.net.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.