Kita buat silap, kemudian...


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Kita buat silap, kemudian:

Pilihan 1: Ada orang tegur. Kita melenting. Kita rasa kita betul. Lalu kita bawa diri. Kemudian kita tuduh orang tak sayang kita. Doakan keburukan terhadap orang yang tegur serta orang yang kita rasa dia salah pada kita.

Ini bahaya. Kemungkinan besar ada masalah hati.

Pilihan 2: Tak ada orang tegur. Lalu kita rasa kita makin betul. Kita pun terus bermusuh.

Maka, hiduplah dengan membesarkan kesilapan diri. Ini dinamakan sebagai 'blind side'. Dia sendiri tak perasan kesilapan dia.

Pilihan 3: Ada orang tegur. Kemudian kita berlapang dada dan meminta maaf. Selesai. Hubungan akan dapat diperbaiki.

Inilah sifat manusia. Ada kebaikan dan ada keburukan dalam diri. Yang penting, kebaikan mesti mengatasi keburukan. Itulah namanya kehebatan hati.

Hati jenis ini, wajar ada pada setiap manusia.

Kawan-kawan,

Kena bersyukur masih ada yang menegur salah dan silap. Betul, kita sudah besar, dah hebat, namun teguran sesama manusia itulah yang menghidupkan.

Sebelum Tuhan tegur dengan bencana dan malapetaka, eloklah kita sendiri yang baiki dan perelokkan semuanya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bapa Baiki-Baiki Brownies.


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.